Seakan Nak Pijak Kepala Tuan Rumah, Lelaki Dedah Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia

Cubaan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya menyelinap masuk ke Malaysia melalui jalan laut berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (TUDM).

Difahamkan terdapat lebih 200 orang berada di dalam bot dan cuba masuk ke negara namun dihalang kerana bimbang membawa kluster baharu COVID-19.

Walau bagaimanapun Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan menolak bot sarat tersebut.

Tengku Emma memohon agar kerajaan mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti tertindas ini.

Tuntutan dari Presiden Rohingya Malaysia

Rentetan daripada itu, ada dakwaan menyatakan Presiden Rohingya Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani, menuntut beberapa ‘kelonggaran’ diberikan kepada pendatang Rohingya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Muhammad Haiqal, sepucuk surat yang ditulis kepada Menteri Sumber Manusia, antara tuntutan yang dibuat adalah:

Isu semasa Rohingya di Malaysia

Melalui surat tersebut, disenaraikan antara lapan kesukaran yang dihadapi pendatang Rohingya di sini.

Antaranya adalah mereka mendakwa tidak diberi kebenaran bekerja untuk menampung hidup.

Selain itu, mereka mendakwa tidak mendapat perlindungan kemalangan ketika bekerja kerana tiada permit.

Malah, kos rawatan yang terlalu tinggi menyukarkan lagi hidup mereka.

Pertimbangan atas dasar kemanusiaan

Oleh itu, Zafar Ahmad dipercayai memohon agar kerajaan memberi kebenaran bekerja mengikut sektor yang sesuai.

Mereka juga memohon majikan mewajibkan insurans sewaktu bekerja dan mengurangkan kos rawatan di hospital.

Akhir sekali, mereka mohon pelarian tidak ditangkap di atas dasar kemanusiaan.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati di atas tuntutan tersebut yang dilihat seolah-olah tidak menghormati kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.