“Sebelum kahwin abang2 dukung” OKU Kaki Sejak Lahir, Pasangan Pengantin Ini Dipuji Ramai

Benar kata orang, kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya.

Ada orang yang mampu bertahan tanpa berpaling tadah terhadap pasangan namun pun begitu, ada juga yang berputus asa di tengah jalan dan pergi mencari yang mempunyai segalanya.

Namun lain pula kisahnya dengan pasangan ini dimana mereka tetap setia antara satu sama lain walaupun sedang berdepan dengan situasi sukar mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @norainmuhammadan, memaparkan seorang lelaki menerima pasangannya walaupun mengalami kecacatan kaki dan difahamkan wanita yang dikenali sebagai Jia itu mengalami kecacatan sejak dia lahir lagi.

“Jia OKU sejak dia lahir tak sempurna seperti orang lain tp dimata kami jia sgt sempurna.. budak baik & kuat..”

Namun oleh kerana rasa sayang dan cinta antara satu sama lain, mereka meneruskan hubungan sehingga mengikat pertalian halal tanpa mengira kekurangan pasangan masing-masing.

“Sebelum kahwin abang2 dukong . sekarang dah ada pengganti baru semoga kekal hingga ke syurga.. kami semua sayang jia”

Video yang tular di laman TikTok:

@norainmuhammadansebelum kahwin abang2 dukong . sekarang dah ada pengganti baru semoga kekal hingga ke syurga ..💕💕 kami semua sayang jia 🥰🥰 ##tiktok ##fypシ♬ bunyi asal – ꧁Quоτеδdнiγα꧂ – ⊰ quotesdhiya ⊱

@norainmuhammadanjia OKU sejak dia lahir tak sempurna seperti orang lain tp dimata kami jia sgt sempurna💕 budak baik & kuat SEMUA syg jia 🥰##tiktok ##fypシ ##doneexplain♬ original sound – yans_16

Ketika artikel ini ditis, video tersebut telah meraih 1.0M tontonan, 89.5K tanda suka, 1649 komen dan 1657 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat pasangan ini lagi-lagi sang lelaki yang menerima wanita tersebut seadanya.

“Awak dah buktikan yang masih wujud lelaki yang terima perempuan seadanya” – Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat menzahirkan ucapan tahniah atas perkahwinan mereka baru-baru ini dan berharap mereka kekal sehingga ke jannah.

Berikut merupakan komen-komen menarik daripada warga maya:

Kredit: YOY Network