“Sebenarnya, kami tak mau anak ini” Setelah 5 Jam Bersalin, Ibu Tak Kisah Anak Meninggal Dunia

Kehadiran anak dianggap sebagai pembawa rezeki. Ada pasangan yang diuji dengan bertahun-tahun kahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun ada juga yang rezekinya sentiasa murah dengan kehadiran anak.

Seperti pengalaman seorang pegawai kesihatan ini, Dr Zakimi Abdulullah, beliau berkongsi di laman Facebooknya, kisah seorang bayi pramatang yang disahkan meninggal dunia selepas mereka berusaha untuk menyelamatkannya.

Lebih mengejutkan, si ibu seolah-olah tidak bersedih dengan pemergiaan anaknya.

Jelas doktor ini, bayi tersebut dilahirkan di rumah dan selepas 5 jam dilahirkan baru dibawakan ke hospital. Paling menyedihkan, tindakan dan jawapan keluarga ini telah seolah-olah seperti tak masuk akal dan tak bersyukur dengan rezeki anak tersebut.

“Bos! Kami resus baby baru lahir, prem. 20 minit CPR!” Ujar Dr Faizal (bukan nama sebenar).

“So, how is the baby now?” Tanyaku ringkas sambil mendekati bayi tak cukup bulan itu.

“Tak dapat laa bos,” balas Dr Faizal sambil mengesat peluh di dahi.

“Innalillah

Bayi tersebut dilahirkan di rumah. Ibu tersebut membawa ke hospital selepas 4-5 jam bersalin. Tali pusat belum dipotong.
Bila ditanya kenapa tak datang terus ke hospital. Ibu tersebut kata tiada kenderaan kerana tiada sesiapa di rumah.
“Kenapa puan tak call 999 mintak ambulans!” Tanya Dr Faizal.
“Terlupa” balas ibu sangat ringkas.
Aku hairan lagi.
“Suami dah tahu puan dah bersalin?”
“Tahu” balas ibu sudah anak dua.
Aku semakin hairan. Mesti ada yang tak kena.
Setelah diberitahu keadaan bayinya yang dah tak dapat diselamatkan, namun ibu itu seolah takde perasaan apa-apa.
“Sebenarnya, saya dan suami takmau anak ini. Suami tak mau tanggung ramai”
“Akhirnya ibu baru bersalin itu memberitahu keadaan sebenar. Katanya dia dan suami sebenarnya tak mahu anak itu. Anggaran jangka masa mengandung dalam 28-30 minggu dan belum ‘booking’ (tiada buku pink).
“Sebenarnya aku sering juga dapat kes sebegini.
“Kehamilan yang tak diingini. Allahu.” – coret Dr Faizal di laman Facebooknya.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan sekiranya pasangan masih belum bersedia atas sebab tertentu. Lebih baik berbincang dengan doktor untuk tujuan perancangan keluarga.

 

Susulan dari hantaran Dr Faizal, pelbagai reaksi yang diterima oleh warganet. Rata-rata warganet berasa marah kerana terdapat ramai lagi pasangan yang mahukan anak dan berusaha untuk mendapatkannya.

Antara komen-komen netizen:

 

‎”Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah Al-Israa’ : Ayat 31)

Hantaran yang tular di Facebook:

Sumber: Facebook Ahmad Zakimi Abdullah