“Sebijik perangai,” Gelagat Yassin Senario Dengan Anak Buat Netizen Terhibur

Yassin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yassin Senario merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia. Pernah menjadi popular bersama kumpulan Senario, Yassin Yahya masih mendpat tempat di hati peminat walaupun jarang keluar di layar perak.

Bagaimanapun, namanya menjadi bualan ramaia apabila dia ‘muncul’kan diri menyertai rancangan Gegar Vaganza sebagai SA.YA bersama Saiful Apek yang juga merupakan ahli kumpulan Senario.

Terbaru, tular sebuah video memaparkan gelagat Yassin Senario dengan anak perempuannya yang masih kecil telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yassinsenariounion di TikTok, dapat kita lihat Dua beranak ini melakukan gerakan mengikut rentak muzik lagu dengan gaya mereka yang tersendiri.

Apa yang membuatkan netizen bertambah geram adalah anaknya yang comel itu tidak lekang daripada senyuman ketika membuat video tersebut.

Video yang tular di TikTok:

@yassinsenariounion##yassinsenariounion ##fyp ##gegarvaganza8 ##senariounion ##sayangbaba ##mybabygirl ##cintahatibaba♬ original sound – Yassin Senario Union

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 671.2K tontonan, 45.3K tanda suka, 1249 komen dan 1058 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat dua beranak yang kelihatan ‘happy’ ketika membuat video di laman TikTok.

Dalam pada waktu yang para netizen juga menyifatkan anak perempuannya ini mempunyai ciri-ciri seperti ayahnya kerana kelihatan lucu. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

Berikut merupakan komen warga maya:

“habis lah kau nak, dapat baba lawak.. letih lah”

“anaknya comel macam bapaknya lah kan..”

“comel betul anaknya.. lucu.. layan lawak bapaknya..”

“senario tetap di hati.. bila la nak keluar semula semua episode senario..”

“lepas ni jadi pewaris abang yassin pulak mana tahu jadi artis penyanyi pelawak ke kan..”

“ada gaya pelawak juga anak yassin.. tgk dia pun dah nak gelakk”

“dia memang baik yassin ni sebab tu ramai orang suka..”

“lawak legend.. suara yasin pun sedap..”

“anak dengan baba dia sama naik ikut sebiji..”

Sekadar rekod, Yassin telah mendirikan rumah tanggan dengan seorang wanita cantik bernama Farrah Waheeda sekitar tahun 2011.

Kredit: YOY Network