“Sebulan dia makan 5 pasang selipar,” Kanak2 Lelaki Ketagih Makan Selipar, Kertas & Kadbod

Baru-baru ini tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ketagih mengunyah selipar getah dan potongan kertas.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Pipit mempunyai tabiat suka makan selipar sejak berusia setahun, kata ibunya.

Memetik laporan CNN Indonesia, video itu dirakam di sebuah rumah di Jaya Sakti, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia dan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial sehingga media tempatan mengunjungi kanak-kanak itu di rumahnya.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Pipit mengesahkan anaknya mempunyai tabiat suka makan selipar sejak berusia setahun.

“Memang benar anak saya suka makan selipar, dia makan seperti makan nasi. Dalam masa sebulan, Pipit boleh makan lima pasang selipar, malah kami juga akan membeli selipar lebihan buatnya.” ujar ibunya.

Video yang tular di sosial media:

Sementara itu, ibu Pipit turut memaklumkan anaknya tidak mempunyai masalah penghadaman biarpun makan bahan yang tidak boleh dicerna.

“Setakat ini, Pipit tidak mengalami masalah kesihatan. Pada mulanya kami bimbang juga dengan tabiatnya, namun Pipit tidak berdepan masalah kesihatan.

“Malah, semua selipar yang dimakannya dikeluarkan semula menerusi najisnya,” jelas ibunya.