[VIDEO] Jual ‘Sejadah Doa Makbul’, Netizen Dakwa Dato’ Seri Vida Gunakan Agama Untuk Marketing?

Usahawan terkenal Dato’ Seri Vida yang dikenali dengan produk Qu Puteh sememangnya memilih platform media sosial bagi mempromosikan produknya.

‘Sejadah Doa Makbul’

Baru- baru ini Dato Seri Vida telah mempromosikan sejadah keluarannya yang diberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’. Menerusi video yang diposting olehnya, nama itu diisnspirasikan dari kerinduannya terhadap Kaabah, Hajarul Aswad serta Tanah Suci Mekah.

Walau bagaimanapun, sejadah keluarannya itu telah mendapat kritikan netizen susulan memberi tanggapan yang kurang baik seperti beliau telah mempersendakan agama Islam untuk marketing.

“Ini Semua Khurafat”

Rata- rata netizen memberikan kecaman terhadap nama sejadah tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila, ada seorang pengguna Twitter dengan nama pena ‘@H_bakkaniy’ telah memuat naik persoalan dengan menanya nama sejadah tersebut kerana iainya tiada jaminan atau dakwaan khas tentang sejadah itu akan memakbulkan doa.

Katanya lagi, Jika ada netizen yang mempercayai kenyataan tersebut, maka itu boleh dianggap khurafat.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen mengandaikan bahawa pihak Dato Seri Vida sengaja memberi nama ‘Sejadah Doa Makbul’ bagi menarik perhatian netizen dan sekaligus menjadi ‘marketing’ percuma untuknya agar dijadikan kontroversi.

Namun begitu, ramai juga yang menuduh usahawan tersebut sebagai ‘penunggang agama’ kerana beliau mengelirukan pembeli susulan penggunaan nama yang dianggap tidak bersesuaian disebabkan boleh mengundang salah faham.

Sehingga kini, tiada lagi respon dan maklum balas daripada pihak Dato Seri Vida mengenai isu ini serta masih mempromosikan jualannya seperti biasa.

Dato Seri Vida atau lebih dikenali dengan panggilan DSV itu, sebelum ini telah menimbulkan salah faham netizen tentang tanggapannya terhadap kempen bendera putih yang menyebabkan rata-rata netizen mengecamnya bersifat bongkak dan sombong.

Seiring dengan itu, beliau juga sentiasa membuat marketing walaupun mendapat pelbagai kecaman netizen.

Antaranya, pada 14 Julai 2017, Datuk Seri Vida telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk “I Am Me” yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU.

Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa dua hari.