“Dulu kena tinggal, gaji 1.5k..now jadi lecturer, ada 2 kereta, beli kondo & baru bertunang,”

Setiap orang pastinya pernah menempuh ‘fasa hitam’ dalam hidup masing-masing. Ada yang melibatkan hal peribadi dan ada juga yang terkesan dalam ekonomi.

Seperti yang dilalui oleh gadis ini, Fiz Faieznor yang berkongsi di laman Twitter miliknya, dia berkongsi pengalamannya yang pernah ditinggalkan dan tidak mempunyai kerja selama 7 bulan.

BACA: Dulu Dipandang Rendah Kahwin Muda dan Meniaga Ayam, Kini Mampu Bina Banglo Mewah

Perkongsian di laman Twitter itu mendapat perhatian warga netizen.

Ditinggalkan kekasih dan menganggur

Menurut Fiz, dia habis belajar peringkat master pada usia 26 tahun dan ditinggalkan kekasih.

Lebih malang lagi apabila dia menganggur selama 7 bulan sebelum mendapat kerja dengan gaji RM1500.

“Habis master umur 26 tahun. Kena dumped, pastu jobless for 7 months. Dapat je kerja gaji start 1.5k. But now..”

Kini bergelar pensyarah

Tetapi kini pada usia 28 tahun Fiz mampu tersenyum apabila sudah bergelar seorang pensyarah dan mampu memliki 2 buah kereta, sebuah kondo dan baru bertunang.

“At the age of 28, I have permanent job as a lecturer, bought 2 cars, just got a condo and got engaged to a wonderful man.

“Cantik aturan Allah. Alhamdullillah”

Sokongan dari pasangan

Fiz turut berterima kasih pada tunangnya yang sanggup menerimanya sejak dulu lagi.

“Thank you for accepting ketika i masih sangat hot dan lawa dan juga masih menerima i ketika sekarang i dah gemuk tapi masih hot juga laaa hahaha!

“Truly, you are an amazing person I’ve ever met. I love you sayang.”

Nasihat buat gadis-gadis

Dalam pada itu, Fiz memberikan nasihat kepada kaum hawa tentang perkahwinan.

“Ohh nak nasihat sikit untuk gegirls di luar sana. Takpe kalau lewat kahwin, takpe kalau masih struggle study, takpe kalau mula lewat in everything.

“Yang penting jangan putus harapan. Teruskan usaha dan paling penting DOA. Serius aku cakap, aku berada di tahap skg adalah sebab doa.

“Untuk yang single, don’t worry. First dulu, aku punya la putus harapan nak kahwin sampai plan nak masuk rumah orang tua. Heart broken teruk.

“Bayangkan dapat ex toxic, ingat aku ni nak kikis dia padahal satu sen pun aku tak pernah minta duit dia. Apa aku buat?

“Aku belajar bagi habis study betul betul, aku aim nak jadi lecturer. Aku mindset dalam kepala otak kena jadi lecturer. You have to set your goals & work harder to achieve those goals!”

Be a successful person

Fiz juga mengingatkan supaya tidak terlalu memikirkan tentang lelaki dan yang penting pastikan diri sendiri berjaya.

“Jangan fikir laki sangat. Be a successful person first,nanti ramai laki datang bersusun sehh.

“Kau kerja betul betul simpan duit then pi bagi cantik diri. Actually perempuan ni semua cantik, tak cantik sebab takde duit. Kau ada duit, semua jadi lawa!

“Sebelum nak ada suami, kau bagi diri kau berjaya dulu. Tak kisah berjaya dalam apa pun, pendidikan ke, ilmu rumah tangga

“Kau kerja betul betul simpan duit then pi bagi cantik diri. Actually perempuan ni semua cantik, tak cantik sebab takde duit. Kau ada duit, semua jadi lawa!

Bahagiakan ibu bapa

“Sebelum nak ada suami, kau bagi diri kau berjaya dulu. Tak kisah berjaya dalam apa pun, pendidikan ke, ilmu rumah tangga.

“Kalau masih ada mak abah, minta dorang doakan korang. Start dari dulu lagi apa apa benda aku suruh mak aku doa.

“Aku nak jawab test quiz pun aku call mak aku doakan aku.

“Bahagiakan mak abah okay. Doakan mereka selalu. Mereka bahagia, in sha Allah, kau pun bahagia.”

“To be honest, semua benda ni bukan aku sorg punya. I’m sharing with my fiancé especially the house. Koyak ahhh sorg sorg beli rumah.

“Second, gambar rumah tu show unit. Rumah kitaorg under construction wehh haha! Jangan tanya berapa harga meja.

“Kenapa 2 kereta? Satu keje satu jalan jauh.”

“Sorry ramai ingat semua ni aku beli using my own money. Tbh, I’m sharing with my fiancé

“Gila kau beli condo duit aku sorang. Nak kawen kot. Sama sama laa keluar duit. But personally, original tweet was meant to share. If it created any hatred or misleading then I am truly sorry.”

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan pencapaian Fiz dan mendoakannya dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin.

Malah, ramai juga yang berterima kaih terhadap kisah inspirasinya buat semua orang.