“Selamat sikit..” Polis Buat Kawalan Depan Sekolah, Ramai Luah Rasa Lega

Kes penculikan kanak-kanak dan remaja pada masa kini kembali berleluasa sekaligus melahirkan rasa bimbang ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak.
Iospital phone repair gombak


Apatah lagi ketika mereka datang dan pulang daripada sekolah dimana keadaan seperti itu antara peluang penculik untuk melarikan budak sangat tinggi.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular sebuah video dimana sebuah kereta polis membuat kawalan di hadapan sekolah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @annasofea89, dapat kita lihat sebuah kereta Honda polis sedang menunggu di hadapan Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu, Tumpat, Kelantan bagi memastikan keselamatan murid-murid di sekolah tersebut.

Situasi tersebut nyata mengurangkan kebimbangan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak apabila adanya pihak berkuasa yang sering membuat rondaan.

“Syukur Alhamdulillah.. terbaik abg polis smga dlm rhmat Allah” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa syukur apabila pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kes yang tidak diingini berlaku.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap pihak polis membuat rondaan dan kawalan sebegitu di semua sekolah di setiap negeri susulan kes penculikkan yang tinggi pada masa kini.

Antara komen warga maya:

“Moga pihak polis semua buat macam ni.. pemantauan yang kerap di kawasan macam ni..”

“Mujurlah selamat sikit”

“Aku harap semua kawasan polis jaga”

“Alhamdulillaj.. polis awasi setiap kawasan sekolah”

“Terbaik PDRM”

“Bagus macam ni.. setiap budak balik sekolaj, minta polis peronda ada depan sekolah.. so kes keculikan mungkin berkurang..”

“Semua sekolah 1 Malaysia buat macam ni kan bagus.. sampai kelas petang training ke apa ke semua buat macam ni”

“Kan best polis tunggu mana-mana depan sekolah di Malaysia ni..”

“Lepas ni pengawal keselamatan pun kena alert juga! kena sentiasa tengok pelajar2 time datang sekolah dan balik sekolah”

“Bagus macam ni.. setiap sekolah bagi ada peronda menjaga.. ikut shif..”


Video yang tular di laman TikTok:

@annasofea89syukur Alhamdulillah.. terbaik abg polis smga dlm rhmat Allah🤲♬ original sound – Faeez Cikelon