Siti Sarah Akan Dibedah Petang Ini Untuk Selamatkan Kandungan

Pagi tadi, penyanyi dan juga isteri kepada Shuib Sepahu iaitu Siti Sairah Raisuddin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan doktor memberitahu Siti Sarah akan dibedah kira-kira jam 2 petang ini.

Menurut pengurusnya iaitu Nana, paras oksigen pada Siti Sarah kini semakin baik tetapi untuk faktor keselamatan kandungannnya dia terpaksa dibedah.

“Doktor memaklumkan jam 2 petang ini Siti Sarah akan dibedah bagi menyelamatkan bayi yang dikandung.

“Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua.

“Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa kita semua.”

Shuib berkongsi di laman Instagram miliknya mengenai status terbaru isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini Shuib berkata isterinya ditempatkan di ICU selepas doktor mendapati keadaannya tidak berapa stabil sejak petang semalam.

Shuib turut memohon doa kesembuhan buat isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalamualaikum, salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik,” kata Shuib di akaun Instagram.

Terdahulu, Siti Sarah menyatakan kebimbangannya mengenai kesihatan dan bayi dalam kandungannya selepas seorang pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.

“Saya mohon di hari baik sempena Jumaat ini, doakanlah Sarah dan anak dalam kandungannya. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.”

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari kelmarin, sebelum mengalami batuk.

Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib , serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19 pada penghujung bulan lepas.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Mohon semua doakan kami sekeluarga dapat mengharungi 14 hari ini, kami serahkan semuanya kepada Allah,” ujar penyanyi lagu Semakin ini.

Menurut Sarah, dia menganggap ada hikmah di sebalik yang berlaku dan mahu terus berfikiran positif.

“Semua urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak admin akan muat naik di Instagram ini bagi pihak saya,” jelasnya.

Sarah yang sarat hamil tujuh bulan juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mengenai bayi dalam kandungannya, selain keadaan anak-anaknya yang demam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sarah meluahkan rasa bimbang memikirkan anak-anak serta bayi dalam kandungannya jika dia dan keluarganya turut dijangkiti virus maut tersebut.

“Jantung ini macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Sarah tak fikir apa-apa dah selain risau anak-anak dan bayi dalam perut ini,” katanya.

Lebih membuatkan dia bimbang apabila ketiga-tiga anaknya kini sedang demam sekali gus membuatkan dirinya gusar memikirkan nasib yang bakal dilaluinya nanti.

“Ya-Allah berderau darah. Macam-macam benda saya fikir kalaulah saya dan suami (Shuib) positif, bagaimana dengan anak-anak?

“Kalau anak-anak juga positif, siapa yang nak jaga mereka dekat pusat kuarantin nanti? Minta dijauhkan yaAllah,” tulisnya dalam Instagram.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, mendirikan rumah tangga pada 2011.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Default image
admin
Articles: 750