“Selamatkan saya” Pertama Kali Pijak Pasir Pantai, Reaksi ‘Cuak’ Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

Seperti yang kita ketahui, membiarkan bayi memijak pasir pantai merupakan salah satu aktiviti rangsangan untuk mendedahkan bayi kepada dunia luar serta membuat mereka tahu membezakan pelbagai jenis permukaan.Iospital phone repair gombak

Manakan tidak, sejak lahir lagi mereka dipakaikan mitten dan booties, jadi aktivi seperti ini akan membantu mereka agar tidak geli dengan sebarang permukaan.

Maka, tidak hairanlah jika ramai pasangan meluangkan masa dengan bayi mereka di pasir pantai.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini tidak dapat menahan ketawa melihat anaknya geli memijak pasir pantai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @adawiyahazamin, dapat kita lihat pasangan ini dan anak mereka sedang berada sebuah pantai.

Namun apa yang mencuit hati adalah bila bayi tersebut tiba-tiba menangis apabila melihat ombak datang dekat kepadanya.

Lebih melucukan, dia sempat menoleh ke arah ibunya seolah-olah ingin meminta tolong.

“Sorry sayang, ibu gelakkan awak. Comel sangat tu takut dengan bunyi ombak,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah comel bayi lelaki ini malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika membawa anak mereka ke pantai.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berseloroh mengatakan selalunya orang akan ‘healing’ di tepi pantai kerana berasa tenang namun berbeza pula dengan bayi ini.

Antara komen warga maya:

“Anak aunty pn sama pdhl dia suka air 😅”

“baby I MCM ni la first siap angkat kaki,tp I bgi dia slipper then BG duduk,trus saje letak pasir kat tangan dia,lm2 DH enjoy DH main pasir,utk sensori”

“hahahah anak kita sama , takut dgr air laut , tapi sy bagi jugak dia pijak air laut tu 😂”

“Dik, bila awak besar nanti. Pantai ni jadi peneman healing awak😂”

“suatu saat bunyi yg buat awak menangis akn bertukar kepada satu ketenangan🥺”

Video yang tular di laman TikTok:

@adwyhazamin_ Sorry sayang 😂 ibu gelakkan awak. Comel sangat tu takut dengan bunyi ombak 🌊 #babyfirstexperience #babytiktok ♬ Unholy – Sam Smith & Kim Petras