“Awak pernah curanng, saya tak..” Issey Selamba ‘Sound’ Shuk Sahar Dalam ICSYV

Rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 (ICSYVM4) merupakan satu program televisyen 2021 yang diadaptasi daripada rancangan hiburan Korea Selatan dengan judul sama.

Memeriahkan hujung minggu penonton bermula 16 Mei 2021 di saluran TV3, ICSYVM4 masih lagi mengekalkan gandingan pengacara Sean Lee dan Shuk Sahar biarpun Shuk pernah terpalit isu rumah tangga sebelum ini.

Issey jadi penyiasat jemputan

Menerusi satu episod terbaru, Issey Fazlisham  diundang sebagai penyiasat jemputan untuk membantu dalam pencarian penyanyi.

Seperti biasa, selaku pengacara utama Shuk Sahar memperkenalkan barisan juri pada malam tersebut.

Namun begitu, gurauannya sewaktu menyebut tentang status duda Issey menjadi ‘mimpi ngeri’ buat dirinya.

Issey ‘sound’ setepek Shuk

Issey dengan selamaba dan secara berseloroh membalas semula dengan mengatakan dirinya berbeza dengan Shuk Sahar kerana Shuk pernah curang tetapi dirinya tidak.

Balasan spontan Issey itu membuatkan pengacara berkenaan tergamam dan disambut gelak tawa artis yang lain di dalam studio.

Sedutan klip video tersebut telah tular di laman media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Video tular di media sosial

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)


Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua pelawak berkenaan dan menganngap ianya sebagai gurauan antara dua sahabat.

Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju perkara berkait rumah tangga dijadikan bahan lawak.

Shuk ditamatkan kontrak Hot FM

Terdahuklu, natijah daripada krisis rumah tangganya, pengurusan radio Hot FM milik Media Prima sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM.

Pemilik nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

BACA: Guna Isu Rumahtangga Gimik Nak Lancar Produk? Shuk Jelaskan Apa Sebenarnya Terjadi

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim dalam satu kenyataan berkata, keputusan penamatan kontrak Shuk dicapai selepas siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

Default image
admin
Articles: 818