Selamba Main ‘Roller Blade’ Tengan Jalan, Mat Salleh Ini Bagi Alasan Tengah Bersenam

Tidak dapat dinafikan, kadang-kala pelbagai ragam dan gelagat pelancong yang datang bercuti mencuit hati . Maklumlah budaya mereka sememangnya banyak perbezaan dengan negara lain. Namun ada segelintir di kalangan mereka yang sering membuat onar seperti berada di negara sendiri.

Iospital phone repair gombak

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga asing telah melakukan aksi apabila bermain ‘rollerblade’ di atas jalan dengan keadaan trafik sesak dan sibuk dengan kenderaan di Bangkok, Thailand meraih perhatian ramai serta turut menimbulkan kebimbangan.

Malah tindakannya itu dianggap membahayakan nyawa kerana langsung tidak mengenakan sebarang alat perlindungan diri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nopparat_168 ini, memaparkan seorang lelaki warganegara Kanada yang berada di bahu jalan sambil menggunakan kasut roda dah meluncur laju bergerak di tengah-tengah jalan. Bukan itu sahaja, dia juga dilihat mengganggu laluan motosikal serta kenderaaan untuk bergerak.

Susulan rakaman yang tular di platfrom media sosial itu, difahamkan pihak polis Thailand berjaya mencari warga asing berkenaan dan meminta dirinya tampil ke balai polis berdekatan untuk mengambil keterangan lanjut berhubung tindakannya.

Menurut kenyataan individu tersebut, dia mengatakan hanya mahu bersenam sambil mengambil angin di tengah bandar. Dalam pada itu, lelaki ini mengakui kesalahannya serta tidak menyangka tindakannya itu sebenarnya adalah salah di sisi undang-undang di negara berkenaan.

 

Selain itu, warga asing terbabit perlu membayar denda sebanyak 1,000 baht bersamaan RM124 kerana membahayakan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan tindakan lelaki warganegara Kanada ini sangat berbahaya kerana negara Thailand mementingkan isu keselamatan malah mereka tidak membenarkan mana-mana individu untuk menggunakan roller blade, skaters dan sebagainya.

Dalam pada masa yang sama, orang ramai juga turut berharap warga asing itu tidak akan melakukan perkara yang sama semasa melancong ke negara lain.

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@nopparat_168 ของดีออกฤทธิ์เจอตั้งเเต่ นานา-อ่อนนุช ทีหลังไม่ขายให้เเล้วนะ🐎 #ตัวตึงนานา ♬ Bandoleros – Don Omar