Selamba Nak Masuk Myvi Orang Lain, Gelagat Gadis Ini Tersalah Kereta Buat Netizen Berdekah

Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lupakan seumur hidupnya.

Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis tersalah masuk kereta yang lain selepas keluar daripada sebuah kedai mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @eimanurdin, gadis itu juga siap membuka pintu kereta tersebut sebelum akhirnya tersedar dengan apa yang berlaku. Situasi lucu itu terjadi dek kerana terlalu leka dengan perkara lain yang mengganggu fikiran.

Menurut pemilik video, adiknya itu tidak sedar mereka berada di situ sebaliknya terus menuju ke arah sebuah lagi kereta yang sama dengannya.

Gadis itu kemudian menghampiri kereta tersebut dan dengan selamba membuka pintu kereta sebelum tersedar itu bukanlah kereta yang betul.

Apa yang lebih membuatkan netizen tidak dapat menahan ketawa adalah pemilik video hanya membiarkan sahaja adiknya pergi ke kereta lain sambil berdekah melihat gelagatnya.

“Dia dah siap buka kereta orang tu, pastu pelik kenapa lelaki dalam kereta tu.. tu pun dia dah menggelabah cari kereta kite..”

“Pastu siap maki lagi “mana bahh diorang parking kereta ni ya allah malunya” dia siap mencarut lagi .. ya allah sakit perut gelakkkkk.. aku perati je”

Sambil menahan malu, gadis itu kembali kekereta yang betul sambil menutu mukanya agar tidak dilihat oleh pemandu itu.

Video yang tulard i TikTok:

@eimanurdinHaaa sudahhhhh 🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Eima Nurdin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 643.2K tontonan, 73.0K tanda suka, 825 komen dan 806 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat mereka dan dalam masa yang sama ada juga di kalangan para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana tersalah masuk kereta.

Berikut merupakan komen warga maya: