Selamba Pancing Ikan Sambil Duduk Atas Motor, Gelagat Makcik Siap Pakai Helmet Raih Tumpuan Ramai!

Aktiviti memancing seringkali dijadikan hobi bagi mengisi masa lapang, malah aktiviti ini turut diminati ramai tanpa mengira peringkat umur. Bagaimana pun, memancing bukanlah satu perkara yang mudah dimana memerlukan teknik yang betul agar memudahkan kita meraih hasil tangkapan.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan makcik ini ‘steady’ memancing sambil berada di atas motor telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @afiqazuwan, dapat kita lihat seorang mak cik sedang khusyuk menunggu hasil daripada pancingannya.


Akan tetapi, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah gelagatnya yang selamba memancing ikan di atas motor siap memakai helmet!

Tidak cukup dengan itu, jika diperhatikan kedudukannya yang agak jauh dan hanya bergantung kepada joran yang panjang juga membuatkan ramai ingin menuntut ilmu memancing daripada makcik ini.


Dapat juga kita lihat, dia turut membawa naik ikan dengan sangat mudah seolah-olah sudah mahir dalam memancing.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat kemahiran makcik tersebut dalam memancing.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut terhibur mendengar suara perakam yang dikatakan ‘terlebih excited’ apatah lagi sewaktu makcik tersebut memperoleh ikan daripada hasil tangkapan.

Antara komen warga maya:

“Lagend.. kene belajar dengan makcik ni”

“Rilek dok atas motor.. kita siap sewa bot..”

“Berdekah akuuu.. yang kumpaw tu malu dekat makcik ni”

“Hampa excited lebih nooo”

Duduk lepas atas motor pun dapat ikan! steadyyyy lah makcikkk.. minta turunkan ilmu sikit hihihi

Video yang tular di laman TikTok:

@afiqazuwan Lagend Mak Cik Ni ‼️ Perturun llmu Sama Kat Kami 😂 ##fyp##fypシ##fypシ゚viral##foryoupage ♬ Cheeky Business (Funny Sneaky Playful Comedy Adventure Cheerful) 4 minutes – JGJmusic