Sempat Muatnaik Video di Pantai, Bakal Pengantin Patutnya Nikah Hari Ini Dikhuatiri Lem4s

Seorang bakal pengantin lelaki dikhuatiri lem4s selepas mandi di Pantai Kelulut, di Marang, petang semalam.

Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, hari ini.

Pasangan itu dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong, pada 10 pagi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dikatakan mandi sebelum ditarik ombak pada 6.40 petang.

Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia yang sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan oleh anaknya mengenai kejadian menimpa tunangnya.

“Kami bergegas ke tempat kejadian selepas solat Maghrib dan berjumpa dengan ahli keluarga besan.

“Kita reda dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa segera ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ismail berkata, pasangan itu bertunang bulan lalu selepas berkawan selama beberapa tahun.

“Mereka sampai di sini semalam dan segala persiapan sudah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kini difokuskan di kawasan pesisir pantai dengan pencarian merangkumi jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lem4s.

Beliau berkata, keadaan laut bergelora dan ombak kuat menyebabkan selain keadaan cuaca yang gelap menyebabkan operasi dibuat pesisir pantai.

Katanya, operasi akan disambung pada 7 pagi hari ini.

Tinjauan di laman Facebook mendapati, rakan-rakan mangsa yang berusia 31 tahun itu turut mendoakan agar pencarian Naim dipermudahkan.

Selain itu, difahamkan mangsa sempat memuat naik satu posting di Instastory ketika berada di pantai bersama ahli keluarga sebelum berlaku kejadian tersebut di laman Instagram.