Sempat Nasihat Isteri “Jangan Mula!!”, Wanita Maut Dipukul Guna Tombak Kelapa Sawit

Hanya kerana tidak tahan kerana sering dimarahi oleh isteri, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Rizal bertindak kejam dengan memukul kepala isterinya menggunakan tombak sehingga maut.

Menerusi laporan YOY Network, sebelum kejadian, mangsa yang bernama Yeti Septarini berusia 26 tahun yang berasal dari Indonesia ini telah memarahi suaminya sebaik sahaja lelaki itu baru pulang dari kerja.

Bermacam-macam perkara yang dimarahi wanita ini termasuklah kerana ada sisa makanan tertumpah di lantai. Bahkan dia turut menuduh suaminya ada berhubung dengan wanita lain.

Pada ketika ini, suspek masih bersabar dan terus masuk ke bilik tidurnya untuk berehat. Pada awalnya dia menasihati isterinya agar jangan mulakan perbalahann kerana malu dengan jiran tetangga.

Namun dia tidak menyangka isterinya itu berhenti ‘membebel’ tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila wanita ini terus memarahinya.

Oleh itu, suspek bertindak mencampakkan bantal ke arah isterinya dan ketika itu, wanita ini seakan menyindir memberitahu bahawa suaminya hanya berani berlawan dengan perempuan sahaja.

Menurut sumber, meskipun suspek sudah menasihati si isteri supaya tidak menimbulkan ‘kekecohan’ kerana malu jiran tetangga mendengarinya, tetapi mangsa sebaliknya memaki dan menggelarkan suaminya itu sebagai ‘anjing’.

Pada saat ini, suspek sudah tidak dapat menahan sabar dan terus bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tombak kelapa sawit yang berukuran 110cm.

Mangsa kemudian rebah dengan keadaan yang berlumuran dengan darah. Penduduk setempat bergegas ke lokasi kejadian selepas mendengar pertengkaran yang berlaku antara mangsa dan suspek.

Tetapi malangnya, setibanya mereka di rumah terbabit, mangsa sudah tidak bernyawa.

Rentetan daripada insiden itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis bersama-sama dengan barang-barang bukti yang ditemui di lokasi kejadian.