“Seram!” Keluarkan Baju Dalam Mesin Basuh Di Dobi, Sekali Tertarik Rambut Panjang Dari Dalam!

Servis dobi “ekspres” atau dobi layan diri wujud sebagai satu kemudahan untuk mencuci pakaian tanpa perlu berpenat. Ia menjadi pilihan kebanyakan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri.
Iospital phone repair gombak
Selalu kita baca di media sosial ada saja situasi lucu yang sempat dirakam ketika berada di dobi, ada yang terlebih sabun sehingga melimpah, ada juga di kejar anjing ketika membasuh baju di dobi dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi kisah seram ketika sedang basuh baju di dobi telah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, dia yang dikenali sebagai Dr Kamarul datang ke sebuah dobi pukul 11 pm dengan membawa pakaian yang kotor dan dobi tersebut dikatakan sangat sunyi.

“Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kedai dobi layan diri tu, aku dah rasa tak sedap hati dan seram sejuk. Aku pernah khabar yang mengatakan kedai dobi ni keras sikit, dan sebab itu kedai dobi ni tak ramai walaupun sekarang ni musim hujan. Dobi lain semua ramai orang, jadi aku terpaksa juga cuci dekat dobi ni sebab aku dah tak ada baju bersih. Nak beli mesin basuh sendiri, memang tak mampu, lagipun tak ada ruang nak letak dekat rumah sewa aku tu.”

“Masa aku kendong bakul baju kotor masuk ke dalam dobi tu, tak ada orang lain di sana. Aku seorang diri sahaja. Sunyi dia lain macam, padahal baru jam 11 malam. Mungkin sebab hujan renyai-renyai dekat luar pada waktu tu. Salah satu lampu kalimantang dekat dobi tu pula asyik berkedip. Setiap kali dia termati, muncul bayang-bayang di kawasan yang terhadang.”

Namun situasi bertambah cemas apabila dia mendengar dentingan bunyi duit syiling yang dimasukkan ke dalam mesin sedangkan pada ketika itu dia hanya berseorangan.


“Dobi tu terlalu sunyi, hanya kedengaran deruman halus mesin basuh. Kadang kala ada bunyi dentingan token syiling jatuh ke dalam tabung besi di dalam mesin basuh.”

“Aku yakin dekat situ tak ada orang lain, tapi kenapa entah aku rasa seperti ada seseorang – atau sesuatu – yang sedang memperhatikan aku. Bulu roma di tengkuk aku tiba-tiba meremang, berdiri tegak. Melilau anak mata aku perhatikan sekitar premis dobi ni untuk pastikan memang tak ada orang yang tenung aku.”

Kebetulan mesin sudah habis berputar, diadengan cepat mengutip baju-bajunya yang ada di dalam mesin tersebut untuk beredar dari situ.

Bagaimanapun, ketika dia sedang menarik baju yang terakhir, dia menemukan gumpalan hitam panjang yang tidak tahu dari mana.

Apabila dia menjenguk, alangkah terkejutnya dia apabila ada satu makhluk yang sedang memandang tepat ke arahnya sambil tersenyum.

“Perasan ingin tahu mendorong aku untuk menjenguk ke dalam mesin basuh dan kemudian terus menyesal dengan tindakan aku. Sejuk terus seluruh badah aku. Gumpalan hitam tu adalah rambut, dan wajah pemiliknya terlihat di dalam ruang gelap mesin basuh. Matanya merenung tepat ke dalam mata aku, senyumannya amat mengerikan. Lumpuh terus semangat yang bersisa dalam diri aku.”


“Aku terus terpekik dan tegelincir ke belakang akibat tersandung kerusi, dan terjelepuk jatuh ke lantai. Aku dengar hilai tawa dari dalam mesin basuh tu, dan aku cuba sedaya bangkit berdiri. Jantung aku berdegup kencang. Aku capai bakul aku yang berisi baju dan berlari keluar dari dobi berkenaan tanpa menoleh ke belakang sehinggalah aku berada di luar.”

Dia yang sedang takut dengan cepat bergegas pulang ke rumah dan sehingga kini ia kekal menjadi misteri buat Kamarul.

Perkongsian yang tular: