Seram! Penyapu Tiba2 ‘Hilang’, Reaksi Gelabah Pekerja Restoran Bikin Ramai Berdekah

Pernah tak korang tengah sibuk-sibuk buat kerja tiba-tiba barang yang korang pegang tu hilang? Cepat betul hilangnya seolah-olah disorok oleh entiti lain.

Iospital phone repair gombak

Mesti korang rasa pelik kan? Mungkin kadang-kadang rasa seram. Tapi sebenarnya bila check-check balik rupa-rupanya ada je benda tu dekat korang. Cuma korang je yang tak perasan.

Persis seperti kisah dalam rakaman CCTV yang tular baru-baru ini di mana seorang pekerja restoran lari lintang-pukang kerana ‘diusik’ ketika sedang menyapu lantai.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter @anthraxxx781, kelihatan pekerja wanita tersebut sedang menyapu lantai berseorangan. Apa yang menakutkan, sebaik saja dia mengangkat telefon, dia perasan penyapu di tangannya ‘hilang’.

Puas wanita itu mencari penyapu yang hilang tadi di sekelilingnya namun masih gagal ditemui. Enggan buang masa, dia pergi ke stor belakang untuk mengambil penyapu baru.

Apabila dia ingin mengambil penyodok, penyapu asalnya tadi terjatuh dari ketiaknya, membuatkan dia terkejut lalu berlari kerana cuak!

Sejak video seram-kelakar ini dimuat naik, ianya berjaya membuatkan ramai ketawa sehingga berjaya memperoleh sebanyak 779.1 ribu tontonan, 2495 retweets dan 3398 tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat wanita yang tercari-cari penyapunya. Malah, netizen akui pernah mengalami situasi ‘seram’ yang sama di mana barang mereka tiba-tiba ‘ghaib’ akibat sifat pelupa diri sendiri.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Video yang tular di laman Twitter