“Seram sejuk tengok” Dah Macam Bentuk ‘Mayat’, Wanita Ini Terkejut Lihat Parcel Yang Dibungkus Oleh Seller

Pada masa kini, ramai yang memilih untuk membeli barangan secara online kerana ianya bukan sahaja mudah malah menjimatkan masa dan tenaga. Apa yang menarik membeli secara online adalah pengguna mempunyai pelbagai pilihan dan boleh membuat bandingan harga sebelum membuat pembelian.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, kadang-kadang harganya lebih murah berbanding di luar, jadi tidak hairan lah mengapa orang ramai lebih memilih untuk duduk di rumah menunggu barang yang dipesan tiba daripada susah payah keluar membelinya sendiri dengan harga yang tinggi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terkejut melihat bungkusan barangan yang sampai di rumahnya ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh dian_dianz, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin mengambil barangan suaminya.

Dapat kita lihat, pihak courier meletakkan barangan tersebut di atas tiang lampu sebelah pagar rumahnya.


Pun begitu, apa yang membuatkan wanita ini terkejut adalah barangan tersebut dibalut persis seperti mayat.

Hal itu membuatkan wanita ini seram sejuk untuk mengambil parcel tersebut dan memilih untuk menunggu suaminya pulang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat bungkusan tersebut malah ada juga yang menyifatkan mungkin penjual tidak mahu barang tersebut dicuri orang”

“Saya syakkan seller tak nak bagi orang curi barang tu dia balut gitu” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan pasti sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut terkejut melihat ‘pocong’ yang berada di atas tiang lampu.

Antara komen warga maya:

“Jiran2 lalu lalang malam2 mau terkejut kot.. patah balik lalu itu..”

“Barang berharga macam barang kereta lagi kena safety balutnya tapi ni safety sangat ni..”

‘Kalau kena kat saya macam ni.. tak tahu nak cakap.. memang takkan keluar rumah..  tak usik.. tunggu husband balik..”


Video yang tular di laman TikTok:

@dian_dianzbarang kereta laki aku ckap 🥲♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin