“Seriau” Tragedi Pintu Kereta Dirempuh Terakam Dalam ‘Live’ Peniaga Putu Piring Raih Perhatian Netizen

Kecelakaan jalan raya  sememangnya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja malah kebanyakkan daripadanya berlaku adalah disebabkan kecuaian seseorang.
Iospital phone repair gombak
Kalau bukan kita sendiri yang cuai, pasti kita menjadi mangsa kecuaian orang lain. Terkadang kita sudah berhati-hati di atas jalan raya namun dek kerana kesilapan orang lain, kita juga terkena tempiasnya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah kemalangan sempat terakam oleh seorang peniaga ini telah mencuri perhatian ramai.


Difahamkan pada pagi itu, peniaga putu piring di Melaka sedang melakukan ‘live’ di media sosialnya.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat beberapa orang pelanggan sedang berdiri di hadapan gerai dan sebuah model MPV dipercayai Proton Ertiga dilihat meletakkan kenderaan di seberang tepi jalan.

Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan telah membuka pintunya, datang sebuah Proton Saga dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu MPV terbabit.


Rempuhan itu membuatkan semua pelanggan yang berada di sekitar gerai putu piring tersebut berasa terkejut bahkan wanita yang berada di dalam MPV tersebut turut terpinga-pinga melihat pintu kenderaannya yang hancur.

Bagaimanapun, dikatakan tiada sebarang kecederaan yang serius yang berlaku semasa insiden tersebut berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap wanita berkenaan yang didakwa bersikap melulu membuka pintu keretanya tanpa melihat ke cermin sisi.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berpesan  kepada semua pengguna jalan raya  agar tidak membuka pintu dengan terlalu luas jika parking di kawasan yang sempit kerana ianya boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepadanya malah kepada kenderaan lain.

Antara komen warga maya:

“Tengok awal2 dia buka pintu kemain besar lagi amboi”

“Yang buka pintu tu pun tak tengok bekalang dulu..”

“Sentiasa hati2 dan peka dengan keadaan sekeliling.. malang tak berbau”

“Lain kali tengok belakang makcik.. tak pasal2 bersepai pintu kereta..”

“Alert la sikit..”

“Semoga menjadi pengajaran kepada semua terutamanya jenis yang suka buka pintu tanpa tengok side mirror”


Video yang tular:

@putupiringviralmelaka Perhatikan. Bahaya park tepi jalan.. Kejadian berlaku di depan kedai Kelasssik Putu Piring Tengkera #putupiringviralmelaka #kelasssikputupiring #fyp ♬ original sound – Saudagar Kelasssik Putu Piring