Setahun Tak Bertemu, Pelajar Pondok Berdoa Siang Malam Agar Dapat Jumpa Mak Ayah

Bila kita pergi menuntut ilmu tidak kira lah dimana sekalipun namun perlu berjauhan dengan kedua ibu bapa, pastinya perasaan rindu itu mula hadir apatah lagi bila terkenang masakan dari air tangan seorang ibu serta bebelan manja seorang ayah.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, demi masa depan yang cerah, kita harus kuatkan diri demi menuntut ilmu dan perlu belajar untuk hidup berdikari.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar sekolah pondok di Kabupaten Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, Indonesia sangat merindui ibu bapanya mencuri perhatian ramai.

Memetik Abatah.com, ibu bapanya sekali pun tidak pernah datang menjenguknya sejak setahun lebih didaftarkan sebagai pelajar di pondok yang dikenali sebagai Abnaul Chairaaat itu.


Difahamkan, pada 10 Muharram 1444 H, pelajar berkenaan terlalu sebak dan tidak lagi dapat membendung perasaan rindu terhadap orang tua yang ditanggungnya.

Jadi, remaja tersebut mencari kawasan yang sedikit gelap supaya pelajar lain tidak dapat melihat dia menangis kerana menanggung rindu kepada keluarga tercinta.

Nak dijadikan cerita, pelajar tersebut merupakan kawan baik kepada adik si pemilik akaun Tiktok yang turut menuntut di sekolah pondok itu. Malah adiknya, Farhan, merupakan rakan sebilik pelajar berkenaan.


Pada 8 Ogos yang lalu, keluarga Farhan datang ke sekolah menziarahi dan pelajar itu datang untuk menemaninya.

Pelajar itu memaklumkan bahawa ibu bapanya sudah setahun tidak datang menjenguknya di situ.

Dia juga akui sudah kehabisan barangan keperluan seperti sabun dan beberapa peralatan pengajian kerana sudahpun usang malah apa yang lebih menyedihkan adalah, dia terpaksa meminjam sabun rakannya.

“Kalau habis (sabun), pinjam yang kawan punya. Tapi kalau malu, mandi tak pakai sabun,” katanya.

Pakaian yang hendak digunakan untuk pembelajaran juga semakin berkurang apatah lagi kain sarungnya yang dikatakan hilang diambil orang.

Pelajar ini akui terlalu merindukan kedua ibu bapanya sehingga dia berdoa tanpa henti siang dan malam semoga dapat berjumpa dengan mereka.

“Malam tadi dia ada bagitahu dia rindu mak dia, sampai tiap-tiap malam berdoa ibu bapa dia datang melawat. Mungkin belum cukup duit katanya. Tapi biarlah, sabar saja dulu,” jelas video itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@ule_ngaiPaling tidak bisa liat anak anak bgini 😭♬ Ibu – Haddad Alwi