“Siap baling pinggan,” Reaksi Cuak Oyen Bila Tuan Bergaduh Laki Bini Buat Netizen Berdekah

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Boleh dikatakan hampir setiap orang pernah atau ada membela kucing oyen ni.

Walaupun kucing oyen ni dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Namun lain pula dengan gelagat oyen kali ini dimana dia kelihatan begitu kusyuk bercampur takut melihat beberapa orang bertengkar di dalam rumah.

Menerusi perkongsian YOY, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @putripitriya, kelihatan oyen sedang ‘berehat’ di atas sebuah kotak ‘oven’.

Apa yang membuatkan netizen berdekah adalah reaksinya yang terkejut melihat pertengkaran yang berlaku seperti sedang melihat ‘drama’.

Bagaimana pun, dia akhirnya berpaling dan menundukkan pandangannya seolah-olah malas melayan mereka yang sedang bertengkar mulut itu.

Berikut merupakan video yang tular:

@putripitriya♬ original sound – dipdip🐐 – dipci

Ketika artikel ini dituis video tersebut telah meraih 3.1 Juta tontonan, 474.4K tanda suka, 12.3K komen dan 18.2K perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat oyen yang terbeliak mata melihat pertengkaran yang beraku di rumahnya itu.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga tidak dapat menahan ketawa apabila akhirnya oyen seperti tidak mahu masuk campur dengan apa yang berlaku.

Berikut merupakan komen warga maya: