“Siapa bangun kena bayar” Gelagat Lelaki Challenge Makan Dalam Hujan Buat Ramai Terhibur

Seringkali kita lihat di media sosial dimana lelaki jika sudah berkumpul dengan kawan-kawan, pasti ada sahaja perkara pelik dan ‘game’ mengarut yang hendak dilakukan oleh mereka.
Iospital phone repair gombak
Terkadang, perkara tersebut nyata tidak masuk akal namun sebenarnya momen itulah yang akan menjadi kenangan dan boleh dibawa sehingga ke hari tua.

Bila pergi ke kedai mamak, pasti ramai yang memilih untuk duduk di meja bahagian luar kedai, tapi kalau sudah hujan, memang berlari ramai-ramai masuk ke dalam premis.


Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan lelaki masih berselera menikmati hidangan walaupun berada di dalam hujan telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bdkhumblejer, kelihatan geng lelaki itu sedang makan di sebuah kedai tomyam di tepi jalan tapi hujan tiba-tiba turun ketika mereka sedang menikmati makanan beramai-ramai.

Apa yang lebih membuatkan ramai terhibur adalah, mereka semua dilihat tidak berganjak daripada meja makan tersebut kerana membuat challenge siapa yang bangun dulu, dia kena bayar untuk semua orang. Maka, masing-masing selamba menghabiskan makanan dalam keadaan basah lencun.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati dan tidak menyangka ada ‘challenge’ sebegitu malah ada juga yang berseloroh mengatakan nasi goreng sudah menjadi bubur.

“Hahahaha ini lawak. Yang penting perut kenyang, hujan kan air” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen turut mengakui sangat seronok jika mempunyai kawan yang ‘masuk air’ sekaligus tertanya-tanya siapa yang akhirnya membayar makanan itu.

Antara komen warga maya:

“Berkuah nasi goreng kawan tu”

“Nasi goreng ayam jadi nasi goreng ladna mat”

“Challenge yang mendekatkan diri ke hospital”

“Mesti orang pandang pelik je kenapa diorang ni makan dalam hujan”

“Hahahaha best bang group macam ni”

“Cuma nak tahu siapa kena bayar”

Video yang tular di laman TikTok:

@bdkhumblejer Challange Siapa bangun kena bayar #fypシ #xyzbca #viralvideo #radioerano1malaysia ♬ original sound – Ran