“Siapa suruh cari sesak?” Mengeluh Hampir 3 Jam Beratur, Netizen ‘Sound’ Elfira Loy

Siapa tak kenal dengan pelakon hebat Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri.

Selain berlakon, dia juga merupakan seorang pengacara dan juga usahawan yang jelita.

Terbaru, hangat diperkatakan tentang isu Elfira Loy perlu beratur lama untuk masuk ke pusat tarikan di ibu kota.

Difahamkan, Elfira dan suami tidak menyangka hasratnya yang ingin membawa anak mereka ke Aquaria KLCC baru-baru ini begitu memenatkan.

Ini kerana mereka terpaksa beratur panjang untuk memasuki pusat akuatik terbesar tersebut meskipun telah membeli tiket.

“Kami pergi ke Aquaria”

“Saya tak faham kenapa selepas beli tiket, pastu kena beratur pula nak ambil ‘time slot’. Lepas tu kena beraturlah 3 jam ke 2 jam ke nasiblah baru boleh masuk”

“Saya kesian dekat orang yang jauh datang bawa anak, nak masuk ‘last-last’ duduk tersadai tepi-tepi ‘waiting to go in’” kata Elfira Loy.

Elfira juga mengakui dia berasa sesak nafas dan letih setelah masuk ke dalam pusat akuatik tersebut oleh kerana ramai orang yang mengunjungi Aquaria KLCC apatah lagi dengan pemakaian pelitup muka setiap masa.

Tidak terhenti di situ, Elfira Loy juga meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan dek kerana harus beratur panjang semata-mata untuk memilih slot masa dan menunggu lama untuk masuk ke dalamnya.

“Siapa yang dah biasa pergi atau nak dating kat Aquaria mungkin boleh relaz dulu. Bagilah dekat mereka yang jauh-jauh ni nak pi, sebab terlalu sesak jadi tak enjoy pun masuk dalam tu. Sesak, sesak nafas pakai mask lagi.”

“Saya tak boleh tarik nafas. ‘Last-last’ jadi ‘double’ penat. Lepas menunggu masa tu baru dapat masukkan. Saya fikir mereka patut biar saja kami ‘book’ slot masa, jadi kita tak perlu tunggu berejam lagi. Tunggu sekejap tak apa, ni lamaa.” Ujarnya lagi.

Dalam pada masa yang sama, Elfira sempat meninggalkan pesan agar pihak Aquaria KLCC dapat melakukan sesuatu penambahbaikan di masa akan datang.

“Tapi saya cuma tak suka kena beratus untuk masuk. Satu jam beratur nak sampai ke kaunter tu. Mungkin mereka boleh lakukan sesuatu mengenai isu ini di masa akan datang.” pesan Elfira

Disebabkan isu berbangkit ini, Elfira turut memaklumkan bahawa pihak Aquaria telahpun memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan menerusi sebuah forum hiburan, ramai yang mempersoalkan mengapa Elfira pergi ke lokasi berkenaan ketika sedang hamil dan pada waktu cuti umum.

“Siapa suruh kau mencari sesak?,” soal seorang netizen ringkas.

Seorang lagi pengguna forum juga mempersoalkan tindakan Elfira yang sanggup pergi ke lokasi berkenaan ketika waktu yang tidak bersesuaian.

“Dah tau time cuti kau gigih juga nak pegi buat apa? Dah tu bising,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi netizen mencadangkan supaya melawat lokasi tarikan pada waktu yang tidak sesak, atau pada hari bekerja.

“Aku lebih rela suruh suami aku ambil cuti weekday kalau nak bawa anak pergi tempat macam zoo ke, senang tak payah beratur.

“Semalam public holiday, memang semua tempat full. Aku ke Setia City masuk Parkson beli baju anak dengan belt suami aku terus balik,” katanya.

Baru-baru ini, pelakon ini juga telah mendedahkan bahawa dia sedang hamil cahaya mata ke dua di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Kredit: YOY Network