“Siapa yang order tadi?” Terima Pesanan Ais Dari Rumah Tak Berpenghuni, Lelaki Ini Bingung

Setiap pekerjaan sudah pasti mempunyai cabarannya yang tersendiri seperti ragam pelanggan, cuaca yang tidak mengizinkan, terdedah dengan pelbagai kemalangan termasuklah berdepan dengan kejadian mistik yang terkadang sukar untuk diungkapkan.

Sama juga dengan kisah kali ini dimana seorang lelaki menghantar 10 beg ais yang dipesan oleh pelanggan namun tanpa diduga dia sedang berdepan dengan situasi yang sememangnya membuatkannya berasa seram dan terkejut.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abad91tiktoktiktok, kedengaran suara seorang lelaki memberitahu ada mak cik pesan ais 10 beg. Katanya bila dia sudah turunkan ais tersebut dari lori, baru dia tahu yang sebenarnya rumah itu tidak berpenghuni.

Video yang tular di TikTok:

@abad91tiktoktiktoksape yang Oder ais td tu.. rumah xberpenghuni ni ..♬ bunyi asal – tiktoktiktok

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 181.2K tontonan, 6639 tanda suka, 694 komen dan 359 perkongsian di laman TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen meremang bulu roma melihat perkongsian lelaki tersebut yang menghantar 10 beg ais ke rumah yang usang dan tidak berpenghuni

Dalam masa yang sama, mereka juga berseloroh mengatakan macam mana makcik yang order 10 beg ais ini nak buat pembayaran? adakah secara cash atau online trasnfer?

Berikut merupakan komen warga maya:

“Amik balik bang…Hahaha ghisau kekadang”

“Da kenapa le tak dipanggil dulu jumpa makcik tu baru turunkan ais tu..Adeh penat dapat. Mistik pun dapat”

“Mak cik tu dah rancang semua ni..Kita je yang lalai”

“Location silap tu kot…Tak kan Kak Limah”

 

Pandai pula ‘dia’ main prank order.. bukan sikit 10 beg plastik ais tu, dah macam nak buat kenduri dah nampak gayanya..