“Sihir kalah dengan kuasa viral” Makcik Jual Nasi Lemak Lega Ada Pemuda Nampak Kedainya Selepas Terkena Buatan Orang Raih Perhatian Ramai

Pada zaman kini, masih ada lagi individu yang mempunyai perasan hasad dengki dengan perniagaan orang lain sehingga sanggup melakukan perkara terkutuk dan syirik demi melihat perniagaan seseorang itu gulung tikar.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda berkongsi sebuah video memaparkan bagaimana hatinya tergerak untuk membeli di sebuah gerai yang didakwa telah disihir.

Memetik laporan Mstar, Menurut Raja Mohd Faizol, 28, ketika itu dia sedang menunggang motosikal bergegas ke pejabat kerana telah lewat tetapi sempat melihat sebuah gerai menjual sarapan pagi tanpa pelanggan.

“Saya orang baharu dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang ni. Biasanya kalau saya pergi kerja akan bawa bekal makanan dari rumah. Tak pernah beli dekat luar.”

“Tapi ketika hari kejadian tu saya terbangun lewat dan tak sempat nak buat bekal. Jadi saya fikir nak cari makanan dekat kedai depan rumah saya ni saja.”

“Bila saya pergi tengok, sarapan semua dah habis, lagipun dah pukul 10 waktu tu. Tiba-tiba nampak satu kedai makcik ni semua makanan dia full lagi,” katanya


Dia yang mesra disapa Faizol berkata, apabila melihat jam sudah menunjukkan hampir tengah hari tetapi hidangan sarapan pagi di atas meja gerai itu masih banyak dia mula berasa janggal

“Saya mula-mula dah terlajak ke depan terus patah balik bila nampak kedai tu ada makcik ni duduk seorang. Makanan pun banyak lagi.”

“Saya pergi tengok dan makcik tu dia jual nasi lemak. Saya tanya makanan ada lagi ke, dia cakap saya orang pertama yang datang beli kedai dia hari tu.”

“Terkejut betul saya, dah pukul 10 takkan saya baru orang pertama beli. Dia terus buka setiap bekas makanan dan nampak ada banyak lauk yang tak bersentuh lagi macam nasi goreng dan nasi lemak,” katanya.

Apa yang menarik perhatian Faizol apabila peniaga wanita berusia 50-an itu bertanyakan bagaimana dia boleh melihat kedainya.

“Saya macam pelik, saya kata nampak je kedai makcik dari jauh. Dia kata biasa orang tak nampak kedai dia, lepas itu dia buka cerita”

“Dia kata dia berniaga sebelum ni okay je dari awal pagi. Tapi lepas dah kena buatan orang, dia beritahu makanannya dah tak berapa laku.”

“Dia cakap makanan jualan dia biasa memang tak habis dan akan derma dekat masjid. Saya rasa kesian dekat dia, kalau jadi macam itu sebagai peniaga mesti tak untung,” ujarnya.


Sambil berbual kosong bersama wanita berkenaan, minda Faizol ligat berfikir cara yang terbaik untuk membantu perniagaan wanita itu dan dia tahu dirinya tidak mampu melakukannya secara berseorangan.

“Bantuan dari segi duit tu kalau saya seorang memang tak mampu la. Gerai dia dah disihir sampai orang tak nampak.”

“Saya rasa Allah yang hantar saya untuk bantu makcik ni sebab saya boleh tergerak untuk beli dekat kedai dia. Mungkin amalan makcik tu yang menjadi asbab, waktu saya first datang tu pun dia tengah baca Al-Quran.”

“Kemudian saya terdetik yang sekarang ni zaman viral. Kalau kita beritahu orang lain tentang perniagaan makcik ni mesti boleh meletup. Jadi saya beritahu makcik tu saya nak buat video,” katanya.

“Saya pun terus buat video rakam kedai makcik tu dan ceritakan kisah dia. Kemudian saya terus upload dekat akaun TikTok saya.”


“Kalau ada rezeki InsyaAllah kedai makcik ni nanti orang akan datang meramaikan,” terangnya

Keajaiban ternyata berlaku kepada Faizol dan wanita berkenaan apabila keesokan harinya orang ramai dari serata Lembah Klang berpusu-pusu menyerbu gerai tersebut.

“Esok pagi saya pergi kedai makcik tu pukul 8 dah habis licin makanan yang dia jual. Memang cepat betul orang kita buat kerja.”

“Sihir pun kalah dengan penangan kuasa viral. Orang dari Kuala Lumpur semua datang beli semata-mata nak support kedai makcik ni.”


“Saya cakap dekat makcik tu ini memang rezeki dia, dengan kuasa Allah. Tak sangka jadi terkenal dah kedai makcik tu. Terus berubah sepenuhnya,” kata Faizol.

“Saya doakan perniagaan makcik ini dipermudahkan dan terus maju jaya,” katanya mengakhiri bicara.

Video yang tular di laman TikTok:

@faizul_ariffin ada ke org bandar tasik putri (rawang) kat sini? jum bantu makcik ni,sedih tgokkalau nampak singgah lah ye,semoga makcik dilindungi Allah..tgok acik ingt mak sy #faizulariffin ♬ Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

@faizul_ariffin Membalas kepada @ Alhamdulillah terima kasih Allah terima kasih semua geng tiktok atas bantuan #faizulariffin ♬ Allahhuakbar – TwOOne band