“So humble..” Kabur Beg Tangan Berjenama, Nur Fazura Terima Pujian Netizen

Nama Nur Fazura dalam industri hiburan sememangnya cukup popular. Bukan hanya bakat lakonanya malah kecantikkan yang dimiliki oleh pelakon ini sering membuatkan ramai golongan wanita yang ‘jealous’. Pun begitu, sebagai seorang selebriti tingkah laku dan gerak gerinya juga pasti sahaja akan mendapat tumpuan ramai tidak kiralah sama ada baik ataupun yang buruk.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, usahawan terkenal Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura binti Shariffudin ini telah menjadi bualan hangat netizen di platfrom media sosial kerana jam tangan yang digayakan ketika acara sambutan ulang tahun suaminya, Fattah Amin. Manakan tidak, jam yang berjenama Patek Philippe didakwa bernilai jutaaan ringit malah peminat-peminatnya juga turut tergamam apabila mengetahui harganya.

Terbaharu, pelakon ini sekali lagi menarik perhatian warga maya apabila memuat naik satu foto dirinya tetapi telah mengaburkan gambar jenama beg yang dipakainya.

Menerusi hantaran tersebut, Fazura sahaja selesai menyambut sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 tahun dan telah merakamkan gambarnya yang mengenakan penampilan ‘blazer’ hitam,  seluar jeans biru muda, bertopi putih dan beg berjenama. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan muda seperti remaja.

Selain itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini sempat menuliskan ‘Tiada apa untuk diperlihatkan di sini’ di ruangan kapsyen.


Menurut segelintir netizen yang memberikan komen,  mereka mendakwa beg tangan yang dikaburkan itu merupakan beg tangan berjenama mewah ‘Hermes’ yang juga dikatakan berilai ratusan ribu ringgit.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji kecantikkan pelakon itu di dalam gambar tersebut. Dalam pada itu, ada yang mengatakan Fazura sangat ‘humble’ kerana bertindak mengaburkan jenama beg tersebut kerana tidak mahu bersifat menunjuk-nunjuk.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian terhadap kecantikkan Nur Fazura di dalam gambar tersebut. Malah ada yang tertanya-tanya mengapa dia mengaburkan jenama begnya.

Antara komen warga maya:

“orang lain mesti nak show off their birkins, but u..blurring ur birkin??! so humble..love..”

“why u must blurr that Hermes, it’s okay sayang..”

“tetap jelita walaupun berhijab..”


“beautiful as always no one can deny..”

“waah blurkan handbag ye..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)