Sosok Misteri Gemparkan Penduduk, Orang Ramai Datang Kerumun Melihat Sejauh Mana Kebenarannya

Aneh dan misteri apabila melihat ‘kelibat’ seorang perempuan yang ditemui sedang duduk di atas rumah tingkat dua berhampiran tingkap di sebuah perkampungan di Kalimantan Timur.

Tular di media sosial satu rakaman yang menunjukkan penampakan sosok makhluk misteri di salah sebuah rumah kedai di Samarinda. Video tersebut dikongsi dan dimuat naik oleh beberapa akaun media sosial di Kalimantan Timur.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh seorang lelaki yang dilaporkan sedang menaiki kenderaan di hadapan bangunan tersebut sambil menyapa dengan seorang lagi rakan lelakinya.

“Ja, iiiiihh. Lompat dia Ja. Allahuakbar,” ujarnya ketakutan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

 

Terdapat beberapa video lain juga turut tular di media sosial. Menerusi salah satu rakaman video, dilihat beberapa orang penduduk kelihatan berdiri di hadapan pagar bangunan itu untuk menentukan sama ada figura yang mereka rakamkan itu adalah makhluk misteri yang disyaki Kuntilanak.

 

Menerusi laporan yang dipetik daripada Suara.Com video tersebut telah dirakam pada Rabu (15 Mac 2022) malam. Disebabkan sebelum ini tular di akaun media sosial tempatan, penduduk Samarinda yang berada di sekitar rumah kedai lama itu segera pergi ke tempat tersebut.

Seorang lelaki yang disyaki sebagai sukarelawan turut melaporkan kejadian serupa. Katanya beberapa penduduk sudah pun berkerumun untuk mengesahkan hal itu.

“Penduduk semakin ramai di sekitar bangunan penampakan hantu. Di kawasan Jalan Gatot Subroto atau lebih tepatnya di bangunan lama. Ramai yang datang ke sini, lapor terus daripada saya”, sambungnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pelbagai reaksi. Kebanyakkannya memberikan komen yang lucu mengenai kelibat tersebut.

Antara komen warganet:

“Dia tidak suka orang ramai“

“Selagi dia tidak terbang secara tiba-tiba, itu bermakna orang sedang bergurau,” .

 

Sumber: Instagram @memomedsos