Suami di rumah isteri pertama, suri rumah dipaksa buat oral seks selepas dirompak

Seorang wanita bukan sahaja menanggung kerugian selepas dirompak tetapi turut menjadi pemuas nafsu lelaki yang memecah masuk kediamannya di sebuah rumah di Dungun, Selasa lalu.

Dalam kejadian pada 12 tengah malam itu, suri rumah berusia 30-an itu dipaksa melakukan oral seks oleh perompak bersenjatakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang tidur bersama anak-anak yang masih kecil di dalam bilik sementara suaminya berada di rumah isteri pertama

Katanya, mangsa yang baru terlelap dikejutkan dengan bunyi pintu bilik terbuka sebelum ternampak kelibat lelaki yang menutup separuh muka.

“Suspek yang memakai baju t-shirt gelap dan berseluar pendek menuju ke arah mangsa yang berada di atas katil sambil memegang sebilah pisau.

“Mangsa dikatakan sempat menepis pisau dipegang suspek ketika lelaki itu mengacukan senjata itu ke arahnya sebelum suspek bertindak menarik rambut dan mengheretnya ke ruang tamu.

“Suspek memaksa mangsa mencari duit dan barang-barang berharga miliknya sebelum wanita terbabit menyerahkan RM300.

“Bagaimanapun, selepas mendapatkan wang, suspek dikatakan membuka seluar dan memaksa mangsa melakukan oral seks sambil memegang pisau,” katanya.

Baharudin berkata, suspek juga dipercayai cuba merogol mangsa namun gagal kerana wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan sebelum lelaki terbabit beredar melalui pintu dapur.

Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan keluarga membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan Seksyen 392/397 KK kerana melakukan rompakan menggunakan senjata,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.