Suami Isteri Ditidurkan ‘Pergi’ Tinggalkan Anak 2 Tahun, Video Terakhir Jadi Perhatian Netizen

Sejak kebelakangan ini, setiap hari ada sahaja kisah kematian akibat kes virus Cvid-19.

Memang benar setiap pasangan suami isteri pasti akan berjanji untuk sehidup semati, namun ia lebih memilukan apabila anak-anak terpaksa hidup sebatang kara setelah ketiadaan ibu bapa akibat wabak yang membunuh ini.

Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sekelip mata menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya meninggal selang sehari.

Meerusi laporan laman YOY.MY, perkara itu telah dikongsi oleh rakan karib arwah ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam perkongsian wanita itu, rakannya dan suami telah ditidurkan selama 3 hari selepas keadaan kesihatan mereka berdua amat membimbangkan, lebih memilukan apabila suami rakannya itu telah dijemput Ilahi.

“Aku tanya dengan suami aku. Macam mana bila Rieen bangun nanti dan dapat berita tentang suami dia. Sedihnya.”

Wanita yang bernama Shakinah itu turut berkongsi dia ada bertanyakan kepada suaminya apakah perasaan yang akan melanda rakannya jika mengetahui suami tercinta telah tiada apabila dia sedar nanti.

Namun, ia sangat mengejutkan apabila rakanya pula dikhabarkan meninggal dunia sehari selepas itu, dan juga telah meninggalkan seorang anak yang masih kecil.

Shakinah terkenang saat arwah mendapat tahu positif hamil beberapa tahun yang lalu. Waktu itu, arwah berasa sangat gembira kerana telah menunggu lama untuk kehadiran zuriat sulung. Siapa sangka hari ini dia telah pergi selamanya.

“Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Innalillahiwainnailaihirojiun.

“Sedih. Sedih sangat! Beberapa hari ni aku mmg terkesan betul dgn berita kematian Siti Sarah.

“Then dapat tau kawan aku Rien Rieyana dan suami dia ditidurkan pada hari yg sama 3 hari yg lepas.

“Dan semalam suami dia dijemput Allah. Aku tanya dgn suami aku,mcm mana bila rieen bangun nt dan dapat berita tentang suami dia. Sedihnyaaaa.

“Tapi harini dia pergi menyusul. Tinggalkan dunia ni. Tinggalkan anak dia yg masih kecil,berumur 2 tahun.

“Masa dia tau dia pregnant dia happy sgt sbb dah lama dia tggu. Tapi harini dia tinggalkan Naura. Ya Allah. Kau jagalah puterinya.

“Semoga dia menjadi anak yg solehah yg membawa ibu bapanya ke syurga Mu.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”

Doakan Rien dan Suami

Terdahulu, arwah sempat memuat naik satu video di Tiktok agar orang ramai mendoakan kesembuhannya dan juga menghalalkan makan minum mereka berdua.

Namun siapa sangka Allah telah menjemputnya dan suami sekaligus meninggalkan anak mereka yang kini yatim piatu setelah ketiadaan ibuu bapa disisi.

@rienrieyanaDOA KAN RIEEN DAN HUSBEND YE🤲 ##covidfhighter ##covid19 ##fypシ ##fyp ##support ##doa ##keajaiban ##semogaadakeajaiban ##allahujisebaballahsayang♬ Bila Tiba – UNGU

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada keluarga ini.

“Hidup mati bersama. Insyaallah cinta sampai syurga. Anak yang ditinggalkan menjadi pewaris supaya doa anak sampai kepada ibu ayah. Semuanya perancangan Allah. Insyaallah syurga tempatmu bagi syam dan kak Na,” komen salah seorang netizen.