“Kita tengok berapa duit dia ada,” Suami Lana Nordin Akan Hantar Surat Tuntutan Kepada Michael Ang

Lelaki mana yang tidak kesal jika ada seseorang telah melukakan hati dan menghina isterinya dengan panggilan yang tidak baik.

Seperti yang terjadi kepada suami pelakon Lana Nordin iaitu David Mackienzie yang sudah mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang yang didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram didakwa telah menempelak pengarah drama terkenal iaitu Michael Ang yang dikatakan telah masuk campur dengan kenyataannya mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Hal ini didakwa berlaku apabila Michael Ang telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya mengenai seseorang dengan caption:

“Salam semua. ! A true bimbo will forever stay a bimbo! I guess men’s just love them till they are caught in the clutches of Malaysian bimbos. Cuba la ajar cara hidup barat mcm mana pun la KEBIMBOAN itu takan hilang! Luv u all n be safe”

Memetik laporan Harian Metro, suami kepada Lana Nordin iaitu David Mackienzie bertindak mengarahkan peguam mereka menghantar surat tuntutan kepada Michael Ang yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya terhadap pelakon wanita itu.

David Hanya Ingin Memberi Pengajaran

“Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada.

“Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain,” katanya.

Baru-baru ini, menerusi kenyataan yang diberikan oleh David Mckenzie, beliau bertindak sedemikian untuk menyelesaikan masalah dan perbalahan yang telah berlaku membabitkan Michael Ang dan Lana Nordin.

“Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah.

“Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

“Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya.

“Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal,” katanya.

David turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pengarah itu kerana telah melabel isterinya bimbo dan menuduh isterinya tidak menyokong frontliners yang telah bertungkus lumus berhadpan dengan pandemik Covid-19.