Suami Lupa Bawa Dompet Masa Makan Di Kedai Makan, Reaksi Isteri Pula Buat Ramai Terhibur!

Dompet merupakan perkara terpenting yang perlu kita bawa kemana-mana. Bukan sahaja tentang wang ringgit, malah dalam dompet juga mempunyai kad-kad penting seperti kad pengenalan diri, kad bank, kad lesen memandu dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Bayangkan jika tertinggal dompet dan polis membuat sekatan jalan raya, dengan kad pengenalan dan lesen memandu di rumah, pasti pening kepala dibuatnya!

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini tertinggal dompet ketika keluar makan bersama pasangannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aminaamran_, si isteri berkongsi peristiwa lucu tersebut dimana ketika itu mereka sedang berada di kedai makan.


Dapat kita lihat, mereka memesan beberapa hidangan dan dalam keadaan leka makan, lelaki itu menyedari sesuatu yang tidak kena.

Siapa sangka setelah memeriksa poket, dia menyedari dompetnya telah tertinggal di rumah dan dengan perlahan-lahan memaklumkan perkara itu kepada pasangannya.

Mendengar pengakuan sang suami, wanita itu tersentap hingga hanya mampu termenung sambil senyum sahaja.


Mungkin takut dibebel isterinya, lelaki itu memberitahu bahawa dia akan pulang ke rumah, Tanpa menghalangnya, si isteri siap menggalakkannya untuk balik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh isterinya malah ada yang akui pasangan ini sememangnya sangat comel!

“Macam anak dengan mak weh! Comel gila.”- Netizen

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dimana tertinggal dompet ketika sudah pun memesan makanan di kedai makan.

Antara komen warga maya:

“Comell.. aku tumpang gelakk”

“Muka wife dia macam nak cakap biar betik tak bawa beg duit”

“Sebab tu kita kena ada duit spare.. tapiii.. tapiii.. nanti aku claim balik”


Video yang tular di laman TikTok:

@aminamran_ tak ingat tak bowoh beg duit aduh lah tinggal😂❤️#fypシ#fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – aminamran_