Bertarung Nyawa Buat IVF Untuk Dapatkan Anak, Suami Ini Sebak Pengorbanan Isteri

Kehadiran cahaya mata merupakan penyeri dalam melayari rumah tangga yang dibina. Ada yang berkata anak pelengkap keluarga bahagia namun tidak semua yang bertuah terus dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin.

Ramai pasangan diluar sana masih gigih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata untuk menyerikan kehidupan rumah tangga mereka.

Malah, tidak kurang juga yang pergi mendapatkan rawatan kesuburan dengan berjumpa doktor pakar.

Satu pasangan tular apabila mereka menjalani rawatan IVF dalam usaha mereka mendapatkan cahaya mata. Namun begitu, mereka diuji dengan dugaan apabila mereka perlu menanggung risiko dari rawatan IVF itu.

Suami pasangan ini sebak menceritakan perngorbanan isterinya sanggup bertarung nyawa menjalani rawatan IVF ini dan perlu menanggung risiko selepas itu.

Perkongsian ini mendapat perhatian umum yang dimuat naik oleh suami pasangan itu dikenali oleh Sifu Wan dan telah mendapat ribuan perkongsian di laman sosial Facebook.

Lelah dengan soalan bila dan dapat zuriat, isteri nekad jalani rawatan IVF

“Sayang, lapar ke?,”

Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen.

Baca: [VIDEO] “Terima kaseh sudi nikah dengan abang yang miskin” Ebit Lew Kenang Pengorbanan Isteri

Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni.

Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.

Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya.

Akhirnya terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.

Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat ivf bulan april lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat.

Setiap kali raya, kesian isteri jawab soalan pasal zuriat

Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan sedara mara & rakan² pasal zuriat.

Yelah, isteri saya memang minat budak², tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.

Tahun ni kami decide untuk buat ivf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sakit puan di HUSM.

1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat perut isteri saya.

Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sakit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, perut nampak makin kembang.

Kami ingatkan ada angin dalam perut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat perut.
Masa tulah isteri saya start rasa sakit. Dia kena OHSS.

Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam perut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya.

Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru². Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.

Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor² pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.

Last², doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya perut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas.

Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru² isteri saya untuk keluarkan air.

Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang meninggal kat katil sebelah isteri saya tu.

Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa maut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat ivf.

Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak.

Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuriat. Mental dan fizikal nak kena kuat.

Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalan ivf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.

Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer.

Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat melalui ivf ni.

___________

Sebak melihat betapa besarnya pengorbanan pasangan ini untuk mendapatkan cahaya mata.

Semoga pasangan ini dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan buat mereka semua yang masih belum dikurniakan zuriat.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)