Suamiku Baik dan Bertanggungjawab, Tapi Seorang Penzina

Kisah ini telah dikongsikan di laman media sosial sebelum ini dan kini disiarkan untuk pengajaran buat semua.

Assalamualaikum aku Gigi (haruslah bukan nama sebenar). Aku asal dari kota metropolitan. Berkahwin. 2 orang anak. Usia perkahwinan tahun ni 5 tahun. Aku WFH bisnes abah aku. Aku berpindah ke kampung suami aku setelah 2 tahun pjj.

Kami berkenalan di Web site mencari jodoh. Semuanya smooth dan indah waktu awal perkahwinan. Tak bercinta. Jumpa pun mak abah aku teman.

Selepas 1 tahun taaruf & bertunang kami berkahwin. Susah senang kami harungi bersama. Suami aku suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. Memang anak yang sangat baik dan pendiam.

Dipendekkan cerita, hari ni genap sebulan aku digemparkan suami aku telah curang dengan aku pada tahun 2019.

Sewaktu rumahtangga kami sedang goyah. Sewaktu aku penat dan tertekan selepas melahirkan anak yang kedua. Sewaktu suami aku stress dengan kerja dan rumah.

Waktu tu memang kami berdua dengan ego masing2. Aku baran lepaskan marah. Dia pun dengan amarah tersendiri. Dia selesa berada di luar. Diuji pula datangnya seorang perempuan yang menggoda dan bertudung labuh.

Sepanjang 1 tahun aku hidup dengan penipuan. Selepas perempuan tu menghantar bukti. Aku serang dia di office. Bawa anak dan suami. Aku tersangat marah. Aku tampar kedua nya. Aku maki hamun.

Paling aku sedih mereka berdua belajar di Tanah Arab. Tapi teperangkap dalam nafsu masing2. Ada lagi paling sakit mereka telah bersama (tapi bukan real s**, sekadar ringan2) di dalam rumah aku sendiri sewaktu aku tiada di rumah. Aku balik down teruk. Masa depan aku gelap.

Aku tak dapat tidur 3 hari. Aku sangat lemah, baring menangis, terasa masa depan aku gelap. Aku seperti mayat hidup. Anak2 aku pula terabai.

Suami aku papah aku. “sayang bangun la. Saya minta Maaf. Memang salah saya, bangun demi anak2”. Aku on ubat tidur. Perempuan tu pula masih memaksa2 aku terima dia.

Aku terus beritahu mak dan ayah mertua aku. Kakak aku. Boss dorang. Mak perempuan tu. Perkara pertama orang sekeliling pesan “selamatkan rumahtangga dulu. Kedua Anak2. Ketiga Baru kita selesaikan orang ketiga”

Ikutkan amarah aku nak balik rumah parents bawak anak2 rentas negeri (masih dalam pkp) untuk failkan tuntutan cerai.

Orang sekeliling nasihat aku untuk bertahan. Semakin hari semakin aku derita. Tapi alhamdulillah mertua aku terus support. Tolong la bantu anak dia. Anak dia lelaki yang baik. Aku bangkit dari kesakitan. Suami aku minta maaf.

Aku diam. Dia merayu menangis “Jangan tinggalkan saya, tunggu anak2 besar awak nak buat apa. Buat la. Jangan pisahkan saya dengan anak2. Saya nak tengok anak2 membesar depan mata Saya.

Tolong la saya. Pimpin Saya. Saya dah terlalu jauh terpesong, terima kasih bagi Saya peluang. Tolong la bimbing saya. Saya nak bertaubat sebelum mati. Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat”

Malam tu kami bangun awal. Solat Taubat dan solat sunat lain. Dalam sujud suami aku menangis teresak2. Selepas solat kami menangis bersama. Mulut dia masih meminta Maaf. Aku masih berdiam. Aku cakap bagi aku masa sebulan aku move on. Suami aku resign 24 hours.

2 minggu selepas kejadian…

Abah aku meninggal dunia. Orang yang paling aku sayang di dunia ni. Tiada lagi tempat aku bermanja. Lagi sekali aku down. Aku putus asa. Rasa dah tiada guna aku hidup di dunia ini.

“Ambil la anak2 ini didik la dengan baik. Bagi aku hidup sendiri bersama kenangan2 abah”. Suami aku tetap tak nak lepaskan aku.

Dia nak perbetulkan keadaan semula. Dia nak mulakan hidup baru. Dia tak nak tinggalkan aku dalam keadaan aku sedang berputus asa. Sehingga aku pertikaikan pada Tuhan.

“Kenapa Allah uji aku begini?” “Apa jaminan Allah bila aku diuji begini?” sungguh aku putus asa. Aku rasa nak bunuh diri.

Suami aku sentiasa disisi aku. Support aku. Memang dia berusaha untuk pulihkan keadaan. Sebulan aku ditemani air mata. Terasa diri dikhianati, diperbodohkan oleh manusia yang berselindung disebalik agama dan dengan pemergian abah. Aku sakit ya Allah. Semangat aku turun naik.

Kenapa suami aku tak nak berkahwin dengan Hana ni?

Pada awalnya. Memang salah suami aku. Seorang menggedik seorang melayan. Makin lama. Makin suami aku sedar. Apa yang dorang buat ni dosa besar. Dia memang nak bertanggungjawab tapi si Hana ni. Dia ajak bertaubat dan insaf.

Tapi Hana ni terus menggoda ajak buat maksiat. Rupanya suami aku kalah dengan setiap godaan Hana sehingga jatuh ke lembah maksiat berkali2.

Kenapa aku tak nak terima Hana?

Aku pernah duduk semeja dengan officemate depa yang lain. Officemate depa kata memang Hana ni jenis suka memaksa. Memaksa orang suka dia, paksa orang setuju apa yang dia buat dan macam2 lagi.

Hana ni menokok tambah cerita nak selamatkan diri. Macam mana aku tau? Statement dia tak logik.

Awal tahun ni kami bercuti. Selepas balik bercuti terus pkp. Sepanjang pkp suami aku berada dirumah. Jadi kat situ aku dah nampak siapa kuat menipu.

Aku yakin Hana ni akan jatuhkan aku selepas aku benarkan suami aku berkahwin. Dia akan buat suami aku ceraikan aku dan tinggalkan aku dan anak – anak.

Kepada Hana,

Kau kata tak berniat nak runtuhkan rumahtangga aku. Tapi kau goda suami aku berkali2. Suami aku dah insaf kau masih datang goda dia.

Bila di office suami aku ot ko datang peluk dia. Sedangkan kau masih bertudung labuh waktu tu. Bila dia nak bertanggungjawab pada diri kau. Kau masih datang rumah aku ajak buat maksiat.

Kau tau itu kelemahan dia. Sanggup kau datang rumah orang di tengah malam. Sewaktu aku tiada dirumah (aku akan pulang ke rumah parents 1 bulan sekali).

Kau menggoda dan memujuk suami aku melayan nafsu kau. Sampai 1 masa suami aku tidur malam dalam ketakutan. Ketakutan akan maksiat.

Sampai suami aku benci kau tak nak berubah. Memang suami aku hilang pedoman pada awalnya. Tapi kau degil masih taknak berubah.

Sungguh kalau suami aku lelaki jahat memang dia rogol semua perempuan yang pernah kerja bersama dengan dia. Aku takkan sekali terima kau Hana Dihana.

Sebab kau tetap orang ketiga yang akan jatuh kan aku 1 hari nanti. Apa jua cara kau buat untuk dapatkan suami aku. Aku tetap dengan keputusan aku. Pertahankan rumahtangga demi anak.

Kepada suami,

Sungguh aku tersangat kecewa dengan apa yang terjadi. Lelaki yang aku kenal dulu tak pernah bercinta dengan aku atau mana2 perempuan. Hilang pedoman sekelip mata.

Lelaki yang aku harapkan kesetiaan sehingga akhir hayat, telah mendustai Cinta kami. Aku berkahwin dengan kau kerana agama.

Tapi apa yang aku dapat? Suami diuji dengan keimanan yang sedang rapuh ketika itu. Sungguh aku dapat suami yang bodoh dan kalah akan godaan syaitan dan perempuan. Tapi percayalah, aku masih setia disini bersama anak.

Last week ayah Hana ni datang merentas negeri. Ayah dia meet up dengan suami aku. Ayah dia kata dia bagi tempoh suami aku kena bertanggungjawab dengan Hana. Suami aku nak bagi penjelasan yang sebenar. Ayah dia tolak mentah2. Ayah dia kata ayah dia akan buat tindakan.

Sebab ayah dia kenal orang2 ternama katanya. “Hana ni satu-satunya anak kesayangan pakcik. Apa yang dia nak pakcik tunaikan”.

Jadi korang nampak tak? Hana ni dimanjakan oleh ayah dia. Apa yang Hana ni nak semua ayah dia tunaikan. Ayah Hana ni mengamalkan poligami tak adil.

Macam mana aku tau? Ayah dia banyak spend masa dengan isteri kedua di KL. Isteri di utara selalu ditinggalkan (aku pernah converse dengan mak hana – isteri pertama).

Kami tak tahu apa yang dia cerita kat ayah dia. Sekarang Hana ni play as victim. Dia nak selamatkan diri dia. Dia tak sedar apa yang dia dah buat semuanya atas kerelaan dia sendiri.

Buat masa ni aku masih dirumah parents. Aku nak pulih kan hati aku dah terluka. Sebulan aku Cuba bantu suami aku bangkit dari kesilapan.

Sebulan aku cuba pertahankan rumahtangga aku demi anak2. Tapi ternyata hati aku masih belum pulih. Cuma bagi aku masa untuk bertenang. Untuk memaafkan dan menerima suami aku dengan seikhlas hati.

Kami sedang mulakan hidup baru. Aku sedang bantu suami aku membina nama sendiri. Kami dapat pecahkan tembok penghalang antara kami berdua sebelum ini. Setiap malam kami solat sunat bersama.

Sebelum ni subuh kami dihujung waktu dan tak berjemaah. Sekarang kami dapat solat Subuh diawal waktu.

Memang ada hikmah disebalik kejadian. Sebelum ni aku benci dengan family in law. Tapi sekarang kami semakin akrab. Mak mertua aku selalu support aku.

Kami akan berpindah di tempat baru. Doakan rumahtangga kami kali ini terperlihara. Terperlihara dengan ugutan2 dari pihak Hana. Terperlihara dari unsur kejahatan.

Doakan rumahtangga kami kekal sehingga akhir hayat kami. Seperti arwah abah aku setia dengan mak aku sehingga hujung nyawa. Aku dan suami disini tetap akan pertahankan rumahtangga kami dengan apa jua rintangan yang akan datang. Doakan kami guys.

Master holder. Isteri cantik.

– Gigi (Bukan nama sebenar)