Sudahlah Mencuri Siap Bertelekung Pula, Lelaki Curi Barang Jemaah Wanita Waktu Solat Subuh Buat Ramai Berang!

Kes jenayah yang melibatkan kes kecurian semakin meningkat dan pelbagai taktik yang digunakan oleh mereka bagi menjalankan kegiatan haram mereka itu. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengawal kegiatan ini daripada terus meningkat.

Iospital phone repair gombak

Dan bagi pihak kita pula, kita haruslah sentiasa berhati-hati walau di mana sahaja kita berada.

Hal ini disebabkan bahaya itu boleh datang tanpa kita sedar pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Begitu juga suatu kes yang tular di laman Twitter baru-baru ini di mana seorang lelaki dipercayai mencuri telefon bimbit wanita ketika wanita tersebut sedang melaksanakan solat Subuh di dalam sebuah masjid pada 20 Disember yang lalu.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @azfrrr, beberapa foto telah dimuat naik olehnya yang memaparkan lelaki tersebut telah mencuri telefon bimbit milik ibunya di ruang solat wanita.

Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) pula, kelihatan lelaki tersebut memakai telekung dan berada di belakang bahagian ruang solat wanita sebelum mencuri barang-barang berharga milik jemaah yang berada di situ.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih terkejut adalah apabila lelaki itu selamba sahaja memunggah beg-beg milik jemaah yang berada di situ semasa mereka sedang sujud menunaikan solat Subuh.

Difahamkan, lelaki itu berhenti seketika memunggah barang tersebut semasa para jemaah sedang duduk antara dua sujud demi mengelakkan diri tertangkap.

Berdasarkan kenyataan Azfar iaitu pemilik akaun Twitter tersebut, tujuan dia memuat naik gambar suspek tersebut adalah untuk orang ramai di sekitar kawasan Seksyen 18, Shah Alam dapat mengenal pasti suspek dengan harapan barang milik ibunya dapat dipulangkan segera.

Menjengah di ruangan komen, hantarannya itu telah mendapat perhatian netizen terutama sekali mereka yang berada di sekitar Shah Alam kerana mereka juga meluahkan bahawa mereka turut mengalami peristiwa yang sama baru-baru ini.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: