Suka Pandang Kamera, ‘Kehenseman’ Kambing Bernama Aidil Buat Ramai Terhibur!

Sebut sahaja tentang taman tema air, pastinya ada bahagian haiwan ataupun zoo mini yang disediakan untuk tatapan pengunjung dimana kita dapat mengenali pelbagai spesis haiwan yang ada di sana.
Iospital phone repair gombak
Setiap haiwan mempunyai penjaganya yang tersendiri yang mana mereka ini cekap menguruskannya dalam apa jua keadaan tidak kira lah dari segi menjinakkan mereka, kebersihan, keselamatan termasuk bahagian pemakanan bagi memastikan haiwan yang dipelihara mendapat penjagaan yang rapi.

Sama juga seperti kita yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang sedang bertugas menjaga beberapa ekor kambing sempat berkongsi gelagat kambing-kambingnya ini telah berjaya mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @atikahmal, dapat kita lihat dia sedang menyikat dan merapikan bulu seekor kambing sambil meletakkan kamera di satu sudut untuk merakam video rutinnya itu.

Dia juga sempat memperkenalkan dua ekor kambingnya yang bernama Aidil dan Fitri namun apa yang lebih membuatkan ramai tertarik adalah kecomelan kambing-kambing tersebut.


Manakan tidak, dia dilihat mendekati kamera dan merenung lama ke arah kamera itu malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin kerana dia merasakan dirinya sangat ‘handsome’ ketika dihadapan kamera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan gelagat kambingnya, Aidil dan Fitri malah ada yang terhibur apabila melihat senyuman kambing tersebut di dalam video.

Antara komen warga maya:

“Aidil be like: smart gak aku ada janggut cam sharnaaz ahmad dah”

“Aidil fitri.. kalau aidil adha dia jadi laa agihan kepada sesetengah orang..”

“Kenapa nama aku juga yang kau pakaiii… saya bukan kambinggg”

“Wei! aku jerit lah tengok dia senyum kat camera”

“Aidil jangan tenung saya begitu… hensem sangat aih”

“Tak sekarang ni aku nampak aidil senyum.. tapi kenapa dengan aku sekali senyum ni..”


Video yang tular di laman TikTok:

@atikahmal Introducing my boys Aidil & Fitri! #photogenic #goats #zoo ♬ original sound – Atiki