Sumbangkan Al-Quran Buat Pelajar Tahfiz di Guinea Afrika, Fila Amir Teruja Malaysia Dikenali

Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT akan dibalas berkali ganda pahala di akhirat. Selain daripada mendapat ganjaran malah ianya dapat menghapuskan dosa sekiranya kita ikhlas melakukan sedekah.

Islam menggalakan kita bersedekah walaupun berada dalam kesempitan hidup kerana hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki berganda.

Itulah yang dilakukan oleh individu yang sebelum ini pernah tular mengahwini jejaka berlainan bangsa dari Guinea iaitu Fila Amir yang juga seorang model.

Di pertengahan bulan yang lepas Fila dan suami telah pulang ke negara asal suaminya iaitu di Conakry atas faktor urus niaga dan kini menetap di sana buat sementara waktu dan sering membuat vlog rutin yang dilakukan di negara itu di Youtube.

Terbaharu, menerusi video yang dikongsikan di Youtube Mr & Mrs Camara itu. Fila dan suami Adama Mohamed Camara telah pergi memberi sumbangan Al-Quran untuk pelajar sekolah tahfiz di Nzerekore.

Menurut Fila lagi, dia dan suami juga menyerahkan sumbangan berbentuk wang dari rakyat Malaysia melalui program al-quran yang dia telah anjurkan sebelum ini bagi membantu masyarakat yang susah di sana.

Perjalanan mereka dari Conakry untuk sampai ke Nzerekore mengambil masa selama 21 jam.

“Alhamdulilah sampai dah Nzerekore pukul3 pagi semalam. kali ni lama sikit dar haritu sebab hujan takboleh nak laju laju sgt.

“Jalan dkt bukit bukit tu takda tar, tanah pulak merah mmg oren la kereta. Dasyat betoi sebulan sekali balik Nzerekore, 21 jam buat mcm jalan-jalan ja taksangka pulak diri sendiri sekuat ni bangga betul”

Tambah Fila lagi, dia masih cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana namun dia gembira sepanjang berada Guinea walaupun dia tidak boleh bertutur dengan bahasa mereka namun sedikit sebanyak dia memahami bahasa dari masyarakat di sana.

Kata model cilik itu, masyarakat di sana menerimanya dengan baik sekali serta melayan Fila seperti seorang pembesar di situ. Dia juga mempelajari budaya disana seperti duduk melunjur kaki dan makan makanan tradisional mereka.

Rata-rata netizen sering bertanya khabar tentang Fila selama berada di negara itu kerana hidup di bandar tidak sama seperti di kampung.

Walau bagaimanapun, Adama suami kepada Fila mendapat pujian dari netizen di ruangan komen kerana pandai menjaga dan mengurus isterinya dengan baik serta tersentuh dengan cara masyarakat di negara itu.

“Bagus la husband Fila ni. 1 dalam seribu org kata. Sangat la baik, sentiasa berfikiran positif dan pandai jaga perasaan org sekeliling terutama Fila. Moga hubungan kalian kekal hngga syurga ”

“Semoga kita semua dapat belajar untuk lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dekat Malaysia, sebak tengok macam tu keadaan untuk budak budak nak belajar duduk atas lantai je.”

Terdahulu, Fila yang berusia 26 tahun telah mendirikan rumah tangga bersama Adama Mohamed Camara pada bulan April 2019.

Pasangan inipernah tular di media sosial berikutan bertemu jodoh dengan jejaka dari benua Afrika.

Fila juga telah berkongsi pengalamannya pulang ke negara kelahiran suaminya itu menerusi laman Youtube.

“Alhamdulillah selama dekat sini tak pernah rasa disisihkan atau di diskriminasi, semua layan baik, ramah-ramah.

“Masha-ALLAH, tak sabar nak faham apa dia orang cakap, boleh borak bergurau dengan dia orang. Ada orang tanya, pernah tak kat sini, polis minta nak check passport ke apa. Memang tak ada. Tengok la akak polis ni siap ajak bergambar lagi,” ceritanya.

“Walaupun dia orang confuse Fila orang apa, dia orang tetap layan Fila baik-baik. Tak jumpa lagi orang racist dekat sini.

“Alhamdulillah, semoga berkekalan macam ni Insya-ALLAH doakan kami dekat sini tau,” kongsi Fila di laman sosial miliknya.

Kredit: YOY Network