Sungai Pisang Dipenuhi Sampah, Netizen Kesal Orang Ramai Tidak Bertanggungjawab

Semenjak kerajaan membenarkan orang ramai yang sudah dua selesai dua dos vaksin keluar beriadah, ramai orang pergi beriadah di taman dan juga sungai bersama rakan-rakan dan keluarga.

Seperti yang kita lihat tular di media sosial baru-baru ini, Sungai Pisang, Gombak menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.

Disaat orang ramai bergembira melakukan aktiviti hiking dan bermandi manda, masih ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencemarkan kawasan hutan itu.

Hal ini sekaligus telah membuatkan netizen berang dan terkejut dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu sehinga menyebabkan kawasan sungai yang bersih itu kini menjadi seperti tempat pembuangan sampah.

Dapat dilihat banyak sampah sarap, botol mineral dan juga lampin bayi dibuang begitu sahaja di celah-celahan batu dan sekitar kawasan sungai.

Video tular orang ramai bersesak di Sungai Pisang

@shugr.coBuat baik tak suka buat jahat tak suka ##sungaipisangwaterfall ##gombak ##pisang♬ original sound – De’Nuckells

Rata-rata netizen membanjiri komen pada satu posting di Twitter dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan hal itu.

“Dah puas enjoy renjis air dekat member, sembang pacak sebab lama tak jumpa, lalu sampah pun dibiarkan begitu sahaja. what a shame kengkawan,”

“Aku harap orang yang tak tanggungjawab ni asyik tersandung kaki kelingking dekat kerusi or meja,” kata netizen

“Ni bukan dorang yang buat ni. Ni monyet punya kerja. Monyet pakai baju,”

“Bumi direhatkan sementara sebab pandemik, tangan manusia yang tak bersyukur dan tak ambil pengajaran dari virus yang  merosakkan bumi. Makhluk manusia so selfish, kau rasa seksa sebab C19, tapi bumi dah lama seksa sebab kita,” luah seorang netizen.

“Mentaliti orang Malaysia kebanyakkannya masih sampah. Bodoh dan bebal. Kalau cakap kang sentap. Cakap kita mulut jahat. Hakikatnya tengok je la. Diorang lagi sampah dari sampah-sampah,”

“Macam ni punya cara nampak gaya lambat lagi la malaysia nak maju. Bodo terang-terang tulis kat pokok tu jangan buang sampah pi buang jugak,” kesal netizen

 

Kredit: YOY.MY