“RM200,000 tu bukan saman!” Syura Buat Penjelasan Tuntutan Sebenar Siti Nordiana

Susulan dakwaan memfitnah, isu yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dan Lan Solo sebelum ini masih belum diselesaikan secara baik.

Oleh itu, penyanyi Syura Badron tampil membuat penjelasan tentang kekeliruan orang ramai terhadap pembayaran Rm200,000 yang telah dituntut oleh Siti Nordiana bagi susulan didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Syura berkata, wang tunai RM200,000 yang diminta Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu, bukan bayaran saman yang perlu dilunaskannya.

“Nampaknya masih ramai yang tak faham. Pembayaran RM200,000 setiap seorang itu bukan saman sebab kami tak mohon maaf.

“Selain dari minta maaf, pembayaran RM200,000 itu salah satu tuntutan yang perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

“Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000 barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ye semua,” katanya lagi.

Terbaharu, Syura telah menjelaskan kenyataannya itu di story instagram miliknya.

Terdahulu, Siti Nordiana telah meminta lima individu termasuk penyanyi Lan Solo, Syura, isteri kepada Lan iaitu Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam, Sam Samin serta jurusolek Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dengan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.

Notis tuntutan yang bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kesan negatif kepada orang ramai dan penaja produk Nana hingga menjejaskan reputasinya.

Mereka didakwa menyiar, mengeluar dan menerbitkan kenyataan-kenyataan secara umum yang berunsur fitnah dan tidak benar terhadap Siti Nordiana.

Dalam pada itu, Nana dalam satu kenyataan memaklumkan dia terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut olehnya.

Nana berkata, pihaknya akan segera memfailkan tuntutan saman kepada kelima- lima individu tersebut selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

Bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Siti Nordiana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.