“Tak buka dompet & telefon suami,” Nia Ramadhani Dedah Rahsia Rumahtangga Bahagia

Pasti ramai yang mengenai pelakon Nia Ramadhani, pelakon ini mencipta nama menerusi drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ardi Bakrie, Nia mengakui ada masanya hubungan mereka turut diuji.

Mia ada cara tersendiri untuk pastikan hubungan dengan suami harmoni

Namun, Mia berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan hubungannya dengan suami kekal harmoni.

 

View this post on Instagram

 

Happy wedding @adindabakrie @v.dilucia

A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on

Menurut Mia, komunikasi dalam hubungan suami isteri sangat penting kerana pasangan kita tidak boleh baca fikiran kita

“Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri. Sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah”.

Pasangan kita bukan ada kuasa boleh baca fikiran kita

“Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tidak beritahu apa yang kamu tak suka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Manaaa si Adeekkk👀

A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on

Selain itu, Nia memberitahu dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga jangan memeriksa telefon bimbit dan dompet suami.

Saya tak buka dompet dan telefon suami

Malah, Nia turut mengakui sejak 10 tahun lalu dia tidak pernah buka dompet dan telefon bimbit suaminya.

 

View this post on Instagram

 

Selamat berbuka teman-teman 🙏🏻❤️ . Thankyou @alfanicollections

A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on

“Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka dompet dan telefon milik suami” ujarnya kepada Mstar.

Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa, cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa akan jadi masalah besar.

“Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon suami, tak mahu lihat,” katanya.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan kini memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.