Tidak semua penuntut di universiti hidup mewah dan hanya menghabiskan duit ibu bapa atau duit pinjaman mereka.
Malah ada yang terpaksa mengikat perut dan turut mengawal perbelanjaan kerana tidak mahu menyusahkan keluarga mereka di kampung.
Selain itu, ramai juga dikalangan pelajar turut bekerja secara sambilan untuk mendapatkan duit lebih bagi menampung kehidupan mereka ketika sedang belajar.
Namun, adakalanya mereka juga akan berasa bosan dan teringin untuk makan sesuatu yang baru.
Jika mahu masak sendiri agak sukar kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan dapur yang sesuai, jadi ada diantara pelajar universiti perlu juga berfikir di luar kotak untuk memasak di asrama.
Buat roti bakar guna kelengkapan kolej
Sama seperti seorang pelajar universiti, one6_3 telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi cara kreatif dia menyediakan roti bakar ketika berada di asrama.
Gara-gara teringin untuk menikmati roti bakar, dia bagaimanapun tidak mampu menyediakannya kerana tidak mempunyai sebuah pembakar roti.
Lalu, penuntut ini nekad untuk menyediakan roti bakar, dia akhirnya mendapat ilham untuk mencuba sesuatu yang baru dan pergi mengambil sebuah seterika yang telah dipanaskan.
Kemudiannya, dia meletakkan roti di atas pinggan, dia terus ‘menggosok’ roti itu sehingga terbakar.
Suhu yang panas itu berjaya membakar roti tersebut, namun hasilnya tidaklah sesempurna seperti menggunakan sebuah pembakar roti.
Menjengah di ruangan komen, teknik membakar roti yang telah dikongsikan gadis itu menarik minat ramai. Namun, ramai yang nasihatinya supaya elak membakar roti secara begitu atas beberapa sebab.
Antara komen warga maya

Manakala seorang lagi pengguna risau akan risiko pada kesihatan dan menasihatinya; “Cari aluminium foil, dik. Bukan direct iron. Esok terus check-in hospital kang!”.
Menerusi ruangan komen, ramai yang berpendapat mungkin boleh cuba cara ini tapi seeloknya dilapik dengan aluminium foil bagi mengelakkan pencemaran makanan.
Selain itu, kita juga untuk menasihati untuk mendapatkan alat memasak yang bersesuai dan menggunakan hanya untuk tujuan memasak.
Bagi pelajar yang tidak membawa pembakar roti ke asrama tapi gunakan alatan yang sepatutnya supaya tidak memudaratkan kesihatan dikemudian hari.
@one6_3 #uitmdihatiku #unipurple #foryoupage ♬ WE CANNOT ESCAPE WE CANNOT COME OUT – Emile Morgan