“Tak henti2 ucap syukur,” Buat Kejutan Hamil Pada Suami, Reaksi Pasangan Ini Buat Netizen Menangis

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.

Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi.

Terbaru, tular satu video dimana rahim seorang ‘pejuang garis dua’ akhirnya terisi dengan zuriat mencuri tumpuan ramai.

Tiada apa yang dapat diungkapkan selain rasa syukur apabila mengetahui bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @firdaalfionida11, kelihatan dia baru saja mendapat tahu dirinya hamil pada pukul empat pagi selepas membuat ujian kehamilan.

Dek kerana tidak sampai hati untuk mengejut suaminya ketika itu, jadi dia menunggu sehingga berkumandangnya azan Subuh.

Sebelum mengambil wudhuk, dia pelik melihat isterinya asyik merakam namun isterinya hanya mengabaikan saja pertanyaan suaminya dan menunggu sehingga sumainya habis mengaji.

Walaubagaimana pun, rancangan wanita itu untuk ‘surprise’ suaminya hampir terkantoi kerana dia meletakkan test kit hamil di dibelakangnya.

Akhirnya apabila si suami menoleh, wanita itu terus memeluk suaminya kerana tidak mampu menahan rasa bahagia dan sebak.

Video yang tular di TikTok:

@firdaalfionida11 tidak berhenti mengucap syukur padamu ya allah 🥺❤️ #pejuanggarisdua #buahhati #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #foryourpage #hamil #StayColorfitAtHome ♬ Buah Hati – Armada

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 5.5M tontonan, 560.4K tanda suka, 18.0K komen dan 10.0K persongsian di applikasi TikTok.

Meninaju di ruangan komen rata-rata warga netizen meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada pasangan ini kerana dianugerahkan cahaya mata dan ada juga warga netizen yang terdiri dari ‘pejuang garis dua’ berharap agar dia juga dikurniakan malaikat kecil di dalam rahim sebagai pelengkap sesebuah keluarga.

“doakan saya da suami pun ingin rasa bahagia bila dapat tau ada zuriat sendiri”

“semoga aku mendapat suami yang sayang kepadaku dan aku mendapat keturunan yang soleh dan solehah..”

“pejuang garis dua hadir.. tahniah ya..”

“i’m crying.. 2 tahun saya cuba.. belum ada rezek..”

“tahniahh”

“jadi ibu bapa yang baik ya.. semoga urusan kamu dipermudahkan..”

“tahniahh dan amiinn doanya..”

“semoga saya akan ditiupkan zuriat juga ke dalam rahim ini..”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917