Tak Jumpa Setahun Demi Tugas, Anak Tentera Menangis Tak Kenal Ayah

Kira-kira 13 bulan terpaksa berpisah demi tugas, seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) akhirnya bertemu dan mahu memeluk anak perempuannya.

Namun begitu, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila kanak-kanak berusia sekitar empat tahun itu mengelak daripada berbuat demikian.

Di dalam satu perkongsian di akaun Tiktok @gava_xy, sebuah video memaparkan kanak-kanak berkenaan menangis memeluk si ibu, sambil diperhatikan bapanya dari jauh dengan pakaian seragam.

‘Itu ayah dik!’

@gava_xysetelah 13 bulan gk ketemu, pertama ketemu malah nangis😥😥😥##pejuangldr ##beranda ##2mouth ##pejuangfyp♬ original sound – Anita.tlb_

Biarpun si ibu cuba memujuk dengan memberitahu bahawa lelaki berkenaan adalah bapanya, namun kanak-kanak itu terus menangis selain tidak mahu memandang ke arah lelaki tersebut.

Menerusi satu video lain, wanita tersebut menggunakan pendekatan dengan mendukung anaknya perlahan-lahan mendekati si suami, namun masih tidak boleh ‘diterima’ kanak-kanak itu.

‘Cuba perlahan2 dekati ayahnya’

@gava_xyBalas @mamaanitasiswoyo sudah di gendong g mau liat ayahny bun##beranda ##2mouth ##pejuangfyp♬ original sound – xynerva

Setelah lama tidak bertemu demi tanggungjawab sehingga ‘dilupakan’ anaknya, itulah pengorbanan yang perlu dilalui oleh si ayah.

Diharapkan semoga kanak-kanak tersebut dapat mengingati bapanya semula selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.