“Tak kisah awak terbaring ke berkerusi roda janji awak ade dgn sy” Luahan Suami Ini Buat Netizen Sebak

Walaupun sehari dua ini kita dikejutkan dengan berita selebriti yang tidak menghargai isteri, namun sebenarnya masih ramai di luar sana yang boleh menjadi contoh suami mithali.

Terbaru, satu perkongsian di Facebook menjadi perhatian netizen apabila lelaki ini meluahkan rasa sedihnya mengenangkan nasib yang menimpa isterinya.

Pemuda yang dikenali sebagai Ayie itu berkongsi tentang keadaan isterinya Nurul Nadia Tumin yang kini terlantar di Wad Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Berikut adalah perkongsian daripada Ayie.

Kita KENAL 2009 . Kita TUNANG 2013 . Kita PUTUS tunang 2014 . Kita NIKAH 2016 .

Macam2 kita lalui , macam2 kita tempuhi , walaupun fmly tak suka kita bersama tapi awak tetap ikut sy kawin dgn sy .

Ramai yg ckp sy tak boleh jaga awak sy akan mensia-siakan pengorbanan awak . Sy tak kisah keadaan awak terbaring ke berkerusi roda ke janji awak ade dgn sy sama2 kita besarkan anak kita .

Sy boleh jaga awak asalkan awak boleh bercakap itu cukup memadai dan sy bersyukur . Skrg dorg tau yg dorg silap , dr hari sy Salam tgn tok kadi sy berjanji dgn diri sy takkan tinggalkan awak .

Sy sanggup tak kerja takut terlepas waktu melawat , sbb sy nk bila awak sedar sy org pertama yg awak NAMPAK .

Anak kita perlukan kasih sayang awak bukan kasih sayang ibu yg lain , sy pun masih perlukan awak .

9hb doktor ckp awak mgkn tak bertahan smpai pg masa tu sy dah REDHA sy dah putus asa tapi keajaiban ALLAH s.w.t awak tetap bertahan hingga skrg .

Hari nie skali lg sy nampak awak tenat harapan yg menggunung smlm , runtuh sekelip mata .

Selalunya ramai yg teman sy mgkn hari nie mereka sibuk , bila sy sendiri mcm nie sy jd takut sy jd tak kuat , walau mcm mana pun sy tahan AIRMATA tetap mangalir . Sy nk awak dpt baca ape yg sy taip SAYA TAKNAK KEHILANGAN AWAK.

“TERIMA KASIH YANG DATANG MELAWAT , TERIMA KASIH YANG TIDAK PUTUS BERDOA UNTUK KAMI”

Semoga isteri Ayie, Nurul Nadia sembuh seperti sediakla dan Ayie dapat menempuhi dugaan ini dengan tabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.