“Tak kisah orang kata saya belum move on,” Shuib Akui Mudah Menangis Bila Teringat Arwah Siti Sarah

Pada 9 Ogos 2021 yang lalu, dunia industri hiburan Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Semalam, genap 100 hari pemergian isteri tercinta. Majlis diadakan secara sederhana di kediamannya sendiri berserta majlis cukur jambul anak keempatnya iaitu Ayash Affan.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad mengakui bahawa emosinya sering terganggu. Malah, Shuib berkata dia mudah menangis apabila terkenangkan Allahyarham Siti Sarah.

Difahamkan, shuib cuba untuk move on namun akui sukar kerana apabila dia melihat keempat-empat cahaya mata yang merupakan amanah buatnya, sekaligus dia teringat akan arwah isteri tercinta.

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu.

“Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa.

“Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.”

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini.

“Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, shuib juga memaklumkan dia masih belum pernah mimpikan arwah isterinya sejak ketiadaannya. Hanya anaknya sahaja ada bermimpikan ibunya.

Shuib juga mengakui bahawa badannya kini sedikit susut oleh kerana kurang selera makan sejak pemergian isterinya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi.

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan.

“Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar saja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

Kredit: YOY Network