Tak Nak Kacau Suami Tengah Kerja, Wanita Halang Anak Sampai Jatuh Tergolek Buat Ramai Terhibur!

Sebut sahaja tentang pekerjaan, pastinya setiap pekerja menginginkan tempat yang tenang tanpa gangguan agar lebih fokus untuk membuat tugasan apatah lagi yang memerlukan seseorang itu untuk bercakap dengan ‘client’.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, sejak pandemik C-19 yang lalu, banyak syarikat masih membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah dan ada juga yang bergilir-gilir bertugas di
pejabat.

Namun, cabaran bekerja di rumah ini bukanlah mudah tambahan pula jika sudah memiliki cahaya mata yang sememangnya banyak ragam dalam fasa mereka sedang membesar.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana isteri kepada lelaki ini kelam kabut mengambil anak setelah mengetahui anaknya itu menerjah masuk ke bilik ayahnya yang sedang bekerja telah mencuri perhatian ramai.


Difahamkan, awalnya lelaki itu memberitahu isterinya dimana dia mempunyai interview secara atas talian dan mungkin akan membuka kamera.

Pun begitu tanpa disangka, anaknya itu selamba menerjah masuk ke dalam bilik untuk meminta ayahnya itu membukakan collagen yang telah dibawa bersama.


Menyedari gelagat anaknya itu, si isteri yang sedang solat berlari mendapatkan cahaya matanya namun disebabkan terlalu kelam kabut, dia bagaimana pun tergolek di hadapan pintu sebelum terbongkok keluar daripada bilik itu sambil mendukung anaknya.

Melihat telatah dua beranak itu, suaminya hanya mampu gelak dan meneruskan kerja seperti biasa.

“Baru dapat solat 1 rakaat je.. nasib umur panjang boleh solat semua”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kecomelan anaknya itu yang selamba masuk ke bilik ketika ayahnya sedang bekerja dan aksi pantas wanita mendapatkan anaknya sehingga jatuh tergolek.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengakui bekerja di rumah bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi sudah mempunyai cahaya mata.

Antara komen warga maya:

“Hahahaha kak saya penat gelak dekat tempat mengundi ni”

“Sebijik yang video bbc tu.. anak korean ngan mat saleh..”

“Mak2 memang macam ni kan.. hahaha”

“Hahaha ya Allah berdekah gelak tengok tergolek..”

“Sorry saya tergelak sambil tengok ulang2..”


Video yang tular di laman TikTok:

@mayvo93 Baru dapat solat 1 rakaat je😂 nasib umur panjang boleh solat semula😂 #lawakmalaysia #lawak #funny #familyfun #funnyfamily #fypシ ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey