Tak Puas Hati Dapat Straw Kecil Bila Pesan Air Special, Pelanggan Terkedu Peniaga Tiba-Tiba Hulur..

Terdapat pelbagai jenis straw plastik yang dijual di pasaran, ada yang bersaiz besar dan ada juga yang kecil bahkan setiap daripadanya mempunyai kegunaan yang berlainan mengikut jenis minuman.
Iospital phone repair gombak
Sebagai pengusaha makanan, kita perlulah menggunakan straw yang bersesuaian dengan minuman yang dipesan oleh pelanggan kerana jika tidak ianya akan membuat mereka sukar untuk minum.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi sebuah kisah lucu yang berlaku ketika dia sedang menikmati segelas minuman di sebuah kedai makan telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok @mohdharifhouzey, dapat kita lihat dia memesan air sirap nata de coco untuk menghilangnya dahaganya.

Pun begitu, dia berasa tidak puas hati apabila peniaga memberinya straw bersaiz kecil dan sukar untuk menikmati minuman tersebut.

Pelanggan itu bagaimanapun memanggil peniaga dan meminta straw yang lebih sesuai dengan minuman yang dipesan.

“Adoi! Ada ke patut dia bagi straw kecil? Nak sedut macam mana? Air special, special dah.”, keluhnya.


Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah peniaga tersebut selamba datang dengan membawa getah paip sebagai straw yang diminta untuk digunakan oleh lelaki tersebut.

Kelihatan juga lelaki ini terkedu dengan gurauan peniaga itu yang memberikan getah paip sebagai gantu straw yang lebih besar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat video tersebut bahkan jelas ianya hanya sekadar gurauan dan tiada unsur yang serius.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut ‘pecah perut’ melihat reaksi muka peniaga yang seolah-olah langsung tidak rasa bersalah ketika menghulurkan getah paip itu.

Antara komen warga maya:

“Akak tu memang kena muka terpaksa ke?”

“Dengan cawan2 sekali tersedut dalam straw tu”

“Berdekah aku.. dengan muka tak bersalahnyaa dia hulur paip tuuu hahahaaha”


Video yang tular di laman TikTok:

@mohdharifhouzey 😑#nasiganjasp ♬ original sound – mohdharifhouzey