Tak Sabar Masuk Simpang, BMW ‘Terbang’ & ‘Melekat’ Di Pagar Rumah Orang Buat Netizen Terhibur

Sebagai pemandu, kita perlulah berhemah di atas jalan raya. Tidak kira lah di jalan besar, jalan kecil mahupun kawasan perumahan.

Nyawa tu sememangnya perkara utama kita perlu jaga. Tapi dalam masa yang sama tidakkah kita ‘sayang’ pada kereta? Harga kereta bukannya murah. Kita pula senang-senang rosakkannya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu kereta berjenama BMW 3 Series dilihat ‘terbang’ dan akhirnya ‘melekat’ di dinding buat ramai terhibur.


Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran Bulatan Sultan Abdul Aziz, Ipoh, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Muhd Shazwan, pada awalnya kereta BMW terbabit nampak terburu-buru semasa cuba melalui bulatan tersebut.

Bagaimana pun dia terpaksa memperlahankan kenderaan apabila ada MPV masuk ke laluannya secara tiba-tiba.

Mungkin disebabkan berang atau ingin protes, BMW tersebut masuk ke laluan yang hendak dituju dengan sangat laju sekali sambil menyalakan lampu signal kiri.


Semasa kereta itu mahu membelok ke simpang kiri, secara tiba-tiba ia hilang kawalan lalu terus merempuh pagar rumah orang sehingga badan kereta terangkat mengadap ke atas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga betizen terhibur melihat aksi pemandu BMW 3 Series tersebut yang dilihat tidak ‘menyabar’ sehingga menyebabkan kemalangan.

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin kenderaan tersebut pandu dengan laju kerana ingin parking disitu.

Antara komen warga maya:

“laju2 nak parking situ rupanya..”

“apa nya yang kalut sanga owner BMW tu.. kena banyak belajar apa itu sabar”

“konon nak tunjuk kereta siapa lagi power”

“sakit dapat, malu dapat.. mujur tak patah tiang tu satu hal lagi nak ganti”

Video yang tular: