[VIDEO] Setahun Terpisah Kerana PKP, Bapa Terkilan Tak Sempat Jumpa Anak Kali Terakhir

Sejak dari tahun lepas lagi, pastinya semua tahu di mana sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mana-mana individu sama sekali tidak dibenarkan untuk merentas negeri melainkan mempunyai hal kecemasan dan sudah mendapat permit daripada pihak polis.

Larangan tersebut menyebabkan ibu bapa yang menetap di kampung terpaksa menahan rindu yang tidak terkira disebabkan anak mereka yang sudah lama tidak pulang.

Seperti video yang cukup menyayat hati dikongsi seorang gadis di laman TikTok, dikenali sebagai Haifaa menceritakan sudah kehilangan kakaknya yang sudah setahun tidak berjumpa berikutan pelaksanaan PKP ini.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat reaksi ayahnya yang begitu sebak dan rasa bersalah yang begitu mendalam.

“Ya Allah Kau kuatkanlah hati abah, mama. Dari Terengganu sampai Selangor non-stop menangis. Sayu hati tengok abah, kena kuat, abah kena lawa. Yang pergi biar pergi.”

Difahamkan, mereka sudah terpisah hampir setahun, dan mengikut perancangan yang telah dibuat, kakaknya akan pulang dari Terengganu menuju ke rumah mereka.

Namun, atas persuratan takdir, pertemuan tersebut sama sekali tidak berlaku.

“Kita yang hidup ni kena teruskan hidup macam biasa. Abah memang rindukan along, abah rasa bersalah sampai tahap tak boleh control dia punya emosi.

“Disebabkan penularan, kami berpisah dengan along hampir setahun. Ikutkan esok tarikh along balik dari Terengganu. Tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya.”

@azizuehaifaa29Al-Fatihah untuk Along ❤️ ##fyp ##pageforyou ##powerAwesome ##ramadhan2021♬ original sound – 김태형 – Alien

Bercerita lebih lanjut kakaknya yang dikenali sebagai along, sudah lama menanggung kesakitan dan sudah dijemput menghadap Ilahi pada dua hari yang lepas.

“Siapa yg nampak posting ni mntk doakan kami sekeluarga kuat, And semoga arwah along tenang disana ”

@azizuehaifaa29Siapa yg nampak posting ni mntk doakan kami sekeluarga kuat And semoga arwah along tenang disana ❤️ ##fyp ##pageforyou ##powerAwesome ##ramadhan2021♬ bunyi asal – – I’m Fine

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dan turut merasai kesedihan yang ditanggung bapa gadis tersebut.

Malah ramai yang mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa tabah dan redha dengan suratan takdir.

Sumber: YOY Network