[VIDEO] “Tak sempat nak susukan lagi..” Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan, Wanita Ini Luah Rasa Sayu

Kita sebagai manusia pastinya tidak dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang.

Namun begitu sebagai hambaNya, kita harus akur dan redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi.

Sama seperti satu kisah yang sangat meruntun hati ini, dikongsi oleh seorang wanita cekal yang dikenali sebagai Shaqudsi.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Sha menceritakan pengalamannya kehilangan ketiga-tiga anaknya.

Menurut wanita ini, pada awlanya dia menghidap penyakit yang dikenali sebagai cervical incompetence atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ianya di mana keadaan rahim yang lemah.

Keadaan ini boleh menyebababkan kelahiran bayi pramatang ataupun lahir awal daripada tarikh yang sepatutnya.

Sha juga sempat menceritakan bagaimana pengalamannya mengandungkan tiga cahaya matanya dan proses-proses sebelum melahirkan ketiga-tiga bayi itu.

Walau bagaimanapun, sudah menjadi suratan takdir ketiga-tiga cahaya mata yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap Sang Pencipta.

Malah lebih menyedihkan, Sha berkata dia tidak sempat memberikan susu yang mengalir daripada tubuh badannya kepada anak-anaknya itu.

“3 kali mengandung, 3 kali buku merah. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah.

“3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.”

BACA: [VIDEO] Tak Sampai Seminit Tinggal Nak Tutup Pintu, Ibu Terkejut Anak Dah ‘Lemas’ Dalam Baldi

Menurut Sha lagi, apa yang menyedihkan, apabila kelahiran yang dinanti-nantikan selama ini tidak dapat dibawa pulang ke rumah seperti ibu-ibu yang lain.

Namun dia tetap redha dan perlu berpantang seorang diri tanpa kehadiran bayi di sisi.

“3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan.”

Video dimuatnaik di laman Tiktok

@shaqudsiVideo semalam dh kena removed . Kisah 3 anak syurga kami ❤️ Doakan kami tidak putus asa ##cervicalincompetence ##awareness♬ original sound – _azuan.daud

Dalam pada itu, wanita cekal ini sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya menyayangi dan menghargai anak sendiri kerana dia sama sekali tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

BACA: [VIDEO] “Beratnya dugaan ya Allah..” Kakak Dalam Wad & Anaknya Dikomakan, Alyah Hanya Mampu Doa Dari Jauh

“Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita.”

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berkongsi rasa sedih Sha dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Default image
admin
Articles: 818